INISIATIF PACU

KENALI

INISIATIF PACU

PACU memperkasa pendidikan melalui tiga inisiatif utama, iaitu Raudhatul Huffaz (RH), Projek Tuisyen Ummah (PROTU) dan Anjung Insyirah (AI), bagi memperluas akses pendidikan, membina generasi celik, cinta dan ceria al-Quran, serta membasmi kemiskinan jiwa demi melahirkan komuniti berilmu, berakhlak dan berdaya maju.

INISIATIF

Projek Raudhatul Huffaz

Celik, Cinta dan Ceria al-Quran
Raudhatul Huffaz (RH) merupakan inisiatif pendidikan al-Quran di bawah Pertubuhan Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 14 tahun, khususnya daripada keluarga kurang berkemampuan dan komuniti pedalaman.
Melalui pembelajaran al-Quran, hafazan surah dan hadis serta penghayatan asas Islam, RH berusaha membentuk generasi yang celik al-Quran, berakhlak mulia dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.
Kami komited menyediakan ruang pembelajaran yang selamat, inklusif dan menyeronokkan agar setiap anak berpeluang mengenali, mencintai dan mendalami al-Quran.

INISIATIF

Anjung Insyirah

Belajar al-Quran, Sepanjang Hayat.
Anjung Insyirah (AI) merupakan inisiatif pendidikan Islam di bawah Pertubuhan Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) untuk golongan berusia 15 tahun ke atas, khususnya komuniti kurang berkemampuan dan penduduk di kawasan pedalaman yang mempunyai akses terhad kepada pendidikan al-Quran.
Melalui pembelajaran al-Quran, hafazan hadis dan penghayatan syariat Islam, AI menyediakan ruang pembelajaran yang inklusif dan kondusif untuk memperkukuh ilmu, memperbaiki bacaan serta meningkatkan kefahaman dan pengamalan Islam dalam kehidupan seharian. AI percaya bahawa tiada kata terlambat untuk mempelajari al-Quran dan mendalami ilmu agama, tanpa mengira usia atau tahap penguasaan.

INISIATIF

Projek Tuisyen Ummah (PROTU)

Setiap Anak Berhak Belajar.
Projek Tuisyen Ummah (PROTU) merupakan inisiatif pendidikan di bawah Pertubuhan Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) yang membantu golongan berusia 6 tahun ke atas, khususnya daripada keluarga kurang berkemampuan dan komuniti pedalaman yang tidak mendapat akses pendidikan.
PROTU menyediakan bimbingan akademik dalam empat subjek utama, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, bagi memperkukuh penguasaan ilmu serta kemahiran asas pembelajaran.
Kami komited untuk menyediakan peluang pendidikan yang inklusif agar setiap individu berpeluang menimba ilmu, mengembangkan potensi diri dan membina masa depan yang lebih baik.

PAKEJ

PROGRAM TAJAAN PACU

Bersama Menyemai Ilmu, Membina Generasi Ummah
Program Tajaan PACU membuka peluang kepada individu, syarikat dan organisasi untuk menyokong pendidikan al-Quran serta akademik bagi golongan kurang berkemampuan, khususnya komuniti pedalaman yang mempunyai akses terhad kepada pendidikan.
Melalui sumbangan anda, lebih ramai pelajar dapat mengikuti kelas, memperoleh bimbingan berkualiti dan membina masa depan yang lebih baik.
Setiap sumbangan adalah pelaburan bermakna dalam membina generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Bersama PACU, hulurkan sokongan anda demi masa depan ummah.

PAKEJ

SUMBANGAN KEPADA PACU

Bersama Menyumbang, Bersama Membina Masa Depan Ummah
PACU melaksanakan kempen crowdfunding secara berkala bagi mengumpul dana untuk menyokong pendidikan al-Quran, bantuan pendidikan dan kebajikan komuniti yang memerlukan, khususnya di kawasan pedalaman Sabah.
Setiap sumbangan, tanpa mengira jumlah, membantu PACU meneruskan usaha menyediakan akses pendidikan yang lebih baik kepada golongan yang memerlukan.
Ayuh bersama PACU, jadikan sumbangan anda asbab tersebarnya manfaat kepada ummah.

PAKEJ

SUMBANGAN & KERJASAMA

PACU mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama daripada individu, syarikat serta organisasi bagi menyokong pendidikan dan kebajikan komuniti yang memerlukan, khususnya di pedalaman Sabah.
Sumbangan boleh berbentuk kewangan, foodbox, buku, peralatan sekolah, komputer serta keperluan pendidikan lain.
Bersama PACU, setiap sumbangan membawa manfaat kepada ummah.
Hubungi Kami untuk maklumat lanjut dan peluang kerjasama.

PROGRAM

KEM SMART HUFFAZ

Kem Smart Huffaz bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman kanak-kanak tentang ciri-ciri Muslim cemerlang. Melalui program ini, peserta didik akan memahami dan mengamalkan prinsip Islam dalam kehidupan seharian serta membina jati diri sebagai Muslim yang berilmu, berakhlak dan berpegang teguh pada ajaran Islam.

PROGRAM

KEM NADWAH

Kem Nadwah Kepimpinan bertujuan membentuk kemahiran kepimpinan dan komunikasi dalam kalangan pelajar Raudhatul Huffaz serta mengembangkan potensi mereka sebagai penghafaz al-Quran. Program ini melahirkan huffaz yang bukan sahaja cemerlang dalam hafazan, malah berjiwa pemimpin, berpegang teguh pada ajaran al-Quran dan bersedia membawa perubahan positif dalam masyarakat, termasuk menyuarakan solidariti terhadap pembebasan Palestin.

PROGRAM

Aura Wanita

Aura Wanita merupakan program pembangunan wanita yang merangkumi perkongsian motivasi, kemahiran dan pengetahuan am. Program ini turut memupuk kepimpinan serta semangat kemasyarakatan melalui sesi interaktif bersama badan profesional bagi memperluas ilmu dan meningkatkan potensi diri peserta.

PRODUCT

Kulnita

Kulnita (Kuliah Wanita) merupakan program kuliah ringkas khusus untuk wanita yang membincangkan isu agama, sosial dan kehidupan seharian. Dalam suasana santai dan interaktif, peserta didedahkan kepada topik penting seperti ibadah dan peranan wanita bagi memperkaya ilmu serta menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

PROGRAM

Korban Bersama PACU

Korban Bersama PACU merupakan program ibadah korban yang menyatukan komuniti melalui pelaksanaan dan pengagihan daging korban kepada golongan yang memerlukan. Program ini memupuk semangat kebersamaan, menghayati nilai pengorbanan serta menyebarkan keberkatan ibadah kepada ummah.

MAKLUM BALAS

Apa

Kata

Mereka

Hayati kisah inspirasi para pelajar PACU tentang bagaimana pendidikan al-Quran menyemai keimanan, membina potensi diri dan meningkatkan keyakinan untuk melangkah ke arah masa depan yang lebih baik.

Scroll to Top

INITIATIVE PACU

MAKLUMAT PENAJA PELAJAR PACU 2024