TENTANG KAMI
KENALI SIAPA PACU
PACU komited memperkasa ummah melalui pendidikan al-Quran dan akademik yang berkualiti, khususnya bagi komuniti yang kurang mendapat akses pendidikan, demi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan cemerlang di dunia serta akhirat.
TENTANG KAMI
Bersama Membangunkan Komuniti
Membasmi Kemiskinan Jiwa
Pertubuhan Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) telah berkhidmat kepada komuniti yang kurang mendapat akses pendidikan di Sabah sejak tahun 2015 melalui penyediaan pendidikan al-Quran, Islam dan akademik yang mampu milik. PACU komited memperluas peluang pendidikan kepada kanak-kanak dan orang dewasa, termasuk kanak-kanak tanpa akses pendidikan, bagi menyemai kecintaan terhadap al-Quran, memperkukuh jati diri Islam dan merapatkan jurang pendidikan demi kecemerlangan dunia dan akhirat.
OBJEKTIF
Visi
& Misi PACU
01
Visi
Menjadi yang terbaik dalam menggalas tanggungjawab sosial dari aspek pendidikan yang membina jati diri anak watan mengikut golongan sasar.
02
Misi
Memerangi kemiskinan jiwa untuk hasil yang berpanjangan dalam membantu serta mengubah nasib diri dan keluarga mereka melalui pendidikan yang terbaik.
03
Objektif
Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan
dan dekat dengan masyarakat.Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiyah.
Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringkat usia dari
kanak-kanak hingga warga emas.Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi muslim hebat.
Pasukan PACU yang terdiri daripada pekerja dan tenaga pengajar
Bersama Mendidik,
Membina Ummah
Kami terdiri daripada pasukan dan tenaga pengajar yang komited dalam menyampaikan pendidikan al-Quran dan Islam kepada komuniti setempat. Berbekalkan pengalaman, latihan dan kelayakan yang bersesuaian, termasuk tauliah mengajar daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), kami bersama-sama memperluas akses pendidikan dan menyemai kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan masyarakat.
DATIN HAJAH ASRAL WIDAD
Pengasas PACU
SYIFA' BINTI SARIP
Ketua Pegawai Eksekutif
KHAIRUL ANUAR BIN MUHAMAD
Pegawai Dana
NAZIEHA BINTI NASIR
Pegawai Operasi
JAINA BINTI DUSHI
Pembantu Operasi
Tenaga Pengajar PACU Daerah Pitas
SITI NURAFIFIH BINTI OSMAN
Sukarelawan Operasi & Dana
ARNIANTI BINTI MOHD ARSYAD
Tenaga Pengajar PACU Daerah Papar
ASNOR BIN ALIASGAR
Tenaga Pengajar PACU Daerah Papar
SALMIA BINTI SAMAD
Tenaga Pengajar PACU Daerah Putatan
RIANABILA BINTI ISMAIL
Tenaga Pengajar PACU Daerah Putatan
NURAIN SYAFIRAH BINTI JAMALDIN
Tenaga Pengajar PACU Daerah Putatan
SIKATI BINTI MUSTAMING
Tenaga Pengajar PACU Daerah Putatan
ASTINI BINTI NURDIN
Tenaga Pengajar PACU Daerah Putatan
MOHD ISWANDY BIN MOHD ALWI
Tenaga Pengajar PACU Daerah Putatan
NURSILA BINTI AHMAD
Tenaga Pengajar PACU Daerah Kota Kinabalu
NURISA BINTI SALIP
Tenaga Pengajar PACU Daerah Kota Kinabalu
ROHANA BINTI SAINUDDIN
Tenaga Pengajar PACU Daerah Kota Kinabalu
SUNESTERY BINTI SUBINDIN
Tenaga Pengajar PACU Daerah Kota Kinabalu
SYARFA BINTI MOHD HASSAN
Tenaga Pengajar PACU Daerah Kota Kinabalu
EDAHWATI BINTI NINMAT
Tenaga Pengajar PACU Daerah Tuaran
FAIRULE BIN LATIF
Tenaga Pengajar PACU Daerah Tuaran
SANITA BINTI KIPONG
Tenaga Pengajar PACU Daerah Tongod
RAILIN @ NUR SHAKINAH BINTI PAIN
Tenaga Pengajar PACU Daerah Beluran
NOOR HUSNA KHADIJAH BINTI ABDUL MALEK
Tenaga Pengajar PACU Daerah Beluran
FATIMAH BINTI KAMSAL
Tenaga Pengajar PACU Daerah Beluran
NORMINAH BINTI ALIASGAR
Tenaga Pengajar PACU Daerah Pitas
NORABIATUL ADAWIYAH BINTI ALIASGAR
Tenaga Pengajar PACU Daerah Pitas
NUR ASFATIHAH NURAISYAH BINTI ALIASGAR
Tenaga Pengajar PACU Daerah Pitas
NUR ATIQAH BINTI SALIM
Tenaga Pengajar PACU Daerah Pitas
NUR HASHIMAH BINTI MOHAMMAD TAN
Tenaga Pengajar PACU Daerah Pitas
IDRES BIN TAUN
Tenaga Pengajar PACU Daerah Pitas
HALINDA BINTI DUSHI
Tenaga Pengajar PACU Daerah Pitas
ZULAIKAH BINTI SARIANU
Tenaga Pengajar PACU Daerah Pitas
Menggerakkan Ilmu, Menyemai Harapan
Guru PACU Memimpin, Mendidik dan Membina Ummah
Memperluas Akses Pendidikan al-Quran di Sabah
Kami komited memperkasa pendidikan al-Quran dan Islam dengan pengalaman, kepakaran serta tauliah mengajar JHEAINS.
RAUDHATUL HUFFAZ
Menyemai Cinta al-Quran, Membina Generasi Huffaz
Kami berhasrat melahirkan generasi pemimpin teladan yang menghafaz al-Quran dan hadis serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan.
ANJUNG INSYIRAH
Belajar al-Quran, Sepanjang Hayat
Kami membangunkan Anjung Insyirah (AI) sebagai pusat ilmu dan rujukan ibadah bagi komuniti di Sabah.
PROJEK TUISYEN UMMAH
Setiap Anak Berhak Belajar
Kami memperkasa kanak-kanak yang kurang mendapat akses pendidikan melalui bimbingan akademik yang inklusif, bagi membina asas ilmu dan membuka peluang masa depan yang lebih cerah.