Bersama Membangunkan Komuniti
PACU ialah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang komited memperluas akses pendidikan al-Quran, Islam dan akademik kepada komuniti yang memerlukan, khususnya di kawasan pedalaman, demi melahirkan generasi celik, cinta dan ceria al-Quran serta membasmi kemiskinan jiwa.
Celik
Cinta
Ceria
Al-Quran
Hadis
Celik
Cinta
Ceria
Al-Quran
Hadis
Selamat Datang
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Tentang Kami
Pertubuhan Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) memfokuskan kepada pembangunan pendidikan Islam berteraskan al-Quran dan hadis. Kami komited untuk membentuk generasi berilmu yang memahami dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh.
Pelajar
0
Anjung Insyirah (AI)
Pelajar
0
Raudhatul Huffaz (RH)
Quran
0
%
Pelajar menguasai asas al-Quran dalam 12 bulan dan maju ke tahap bacaan al-Quran dalam 18 bulan.
KENALI KAMI
Inisiatif PACU di
Pedalaman Sabah
PACU telah membangunkan tiga inisiatif pendidikan utama, iaitu Anjung Insyirah (AI), Raudhatul Huffaz (RH) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU), bagi memperluas akses pendidikan kepada masyarakat.
Projek Raudhatul Huffaz
Raudhatul Huffaz (RH) ialah program pendidikan al-Quran PACU untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 14 tahun, khususnya daripada keluarga kurang berkemampuan dan komuniti pedalaman.
RH menyediakan pembelajaran al-Quran, hafazan surah dan hadis serta asas pendidikan Islam bagi membentuk generasi celik al-Quran yang berilmu, berakhlak mulia dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.
Anjung Insyirah
PACU menawarkan program pendidikan Islam kepada golongan kurang berkemampuan berusia 15 tahun ke atas, khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan mempunyai akses terhad kepada pendidikan al-Quran. Fokus pembelajaran merangkumi pengajian al-Quran, hafazan hadis dan pengamalan syariat Islam.
Melalui modul seperti Talaqqi, DIY Hafaz Quran dan Indahnya Hidup Bersyariat, kami menyediakan platform pembelajaran yang inklusif dan kondusif untuk semua, termasuk mereka yang baru mula mempelajari al-Quran.
Projek Tuisyen Ummah
Projek Tuisyen Ummah (PROTU) ialah inisiatif pendidikan PACU untuk membantu golongan berusia 6 tahun ke atas daripada keluarga kurang berkemampuan, khususnya di kawasan pedalaman dan komuniti yang tidak mendapat akses pendidikan.
PROTU menyediakan bimbingan dalam empat subjek utama, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, bagi memperkukuh pengetahuan serta meningkatkan peluang pendidikan untuk semua.
MISI KAMI
Ruang Pembelajaran
Selamat Dan Inklusif Untuk Semua.
Kami menyediakan ruang pembelajaran yang selamat dan inklusif untuk melahirkan generasi yang celik, cinta dan ceria al-Quran, membimbing golongan dewasa serta memperkasa kanak-kanak terpinggir dan komuniti yang kurang mendapat akses pendidikan.
RAUDHATUL HUFFAZ
Menyemai Cinta al-Quran, Membina Generasi Huffaz
Kami berhasrat melahirkan generasi pemimpin teladan yang menghafaz al-Quran dan hadis serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan.
ANJUNG INSYIRAH
Belajar al-Quran, Sepanjang Hayat
Kami membangunkan Anjung Insyirah (AI) sebagai pusat ilmu dan rujukan ibadah bagi komuniti di Sabah.
PROJEK TUISYEN UMMAH
Setiap Anak Berhak Belajar
Kami memperkasa kanak-kanak yang kurang mendapat akses pendidikan melalui bimbingan akademik yang inklusif, bagi membina asas ilmu dan membuka peluang masa depan yang lebih cerah.
KELAB RELAWAN UMMAH
Bersama Membangunkan Komuniti
Kesukarelawanan menyatukan komuniti, menyantuni keperluan masyarakat, memperkasa potensi individu dan memacu pembangunan mampan melalui keprihatinan, kerjasama dan tindakan bersama.
Maklum Balas
Apa
Kata
Mereka
Hayati perkongsian inspirasi para pelajar tentang bagaimana pendidikan al-Quran bersama PACU mengubah kehidupan mereka, menyemai keimanan, membina potensi diri dan meningkatkan keyakinan.
Saya bersyukur kerana dapat mengulang kaji dan memahami semula pelajaran al-Quran setelah sekian lama meninggalkannya. Dahulu, saya pernah berhenti membaca al-Quran sehingga hampir terlupa segala-galanya, termasuk sebutan huruf, tanda bacaan dan kelancaran membaca. Namun, sejak menyertai kelas Anjung Insyirah (AI), alhamdulillah, saya dapat mengejar semula pembelajaran yang telah lama ditinggalkan dan mampu membaca al-Quran sendiri di rumah. Hasil usaha sendiri, saya berjaya khatam al-Quran beberapa kali pada tahun 2023.
En. Raba
Pelajar Anjung Insyirah PPR Keramat
Alhamdulillah, setakat ini sesi pembelajaran berjalan dengan lancar. Anak-anak juga memberikan maklum balas yang positif terhadap modul khas yang disediakan oleh Raudhatul Huffaz (RH).
Ustaz Mujahid
Bapa Pelajar RH Bukit Rangin , Pahang
Alhamdulillah, sebagai seorang saudara baharu, saya mendapat banyak manfaat dan menambah ilmu tentang Islam melalui perkongsian rakan-rakan sekelas serta bimbingan ustazah. Kelas ini juga membantu saya mengeratkan ukhuwah dan membina hubungan persahabatan yang lebih baik.
Puan Idah
Pelajar Anjung Insyirah Kemiri
Assalamualaikum, Ustazah. Sepanjang anak saya mengikuti kelas Projek Tuisyen Ummah (PROTU), banyak perkembangan positif yang dapat dilihat. Sebelum ini, anak saya kurang mahir dalam membaca dan menulis. Namun, kini kemahirannya semakin meningkat. Alhamdulillah, dia sudah boleh membaca dengan lancar tanpa tersekat-sekat dan tulisannya juga semakin kemas. Saya amat bersyukur dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru yang komited membimbing serta membantu anak saya sepanjang proses pembelajarannya. Semoga segala usaha dan jasa baik para guru diberkati Allah SWT.
Sarah Binti Julhari
Ibu Pelajar PROTU Kg Dumpil, Sabah
Baru-baru ini, anak saya berpeluang menyertai aktiviti di luar kelas melalui program anjuran PACU. Pelbagai pengalaman berharga dan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan telah diperoleh. Terima kasih, PACU, atas peluang dan pengalaman bermakna ini!
Siti Safurah
Ibu Pelajar RH Mapan-mapan
Alhamdulillah, sejak menyertai kelas Anjung Insyirah (AI) di PACU, banyak ilmu yang telah saya pelajari. Daripada tidak mengetahui apa-apa, kini saya sudah mampu membaca al-Quran dan memperbaiki mutu bacaan saya. Saya amat bersyukur atas peluang ini dan berterima kasih kepada ustazah yang tidak pernah berputus asa dalam membimbing saya. Saya sangat menyukai kelas Anjung Insyirah!
Asna
Pelajar Anjung Insyirah Serigai
Sejak menyertai kelas Raudhatul Huffaz (RH), anak saya yang dahulunya kurang berminat terhadap al-Quran kini begitu teruja setiap kali tiba kelas pada hujung minggu. Dia semakin bersemangat menghafaz surah, mengikuti bacaan secara talaqqi dan paling menyukai waktu solat berjemaah. Malah, dia secara sukarela melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat sepanjang kelas berlangsung. Alhamdulillah, saya amat bersyukur melihat perubahan positif ini.
Ustazah Shakinah
Tenaga Pengajar PACU Daerah Beluran
Kelas pembelajaran dijalankan dalam suasana santai dan mudah difahami. Rupa-rupanya, mempelajari ilmu tajwid al-Quran tidaklah sesukar yang disangka. Sebelum ini, saya sudah boleh membaca al-Quran, tetapi kurang memahami ilmu tajwid dan makhraj huruf secara mendalam. Alhamdulillah, kini saya lebih memahami cara bacaan yang betul dan dapat membimbing cucu-cucu saya mempelajari al-Quran.
En.Wahid
Pelajar Anjung Insyirah PPR Keramat
Rakan
Kerjasama



