Julung kalinya Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) bersama Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah menganjurkan program Larian Amal bersempena Hari Warga Emas Sedunia yang diraikan pada 1 Oktober setiap tahun.
Setiap sumbangan akan disalurkan sebagai dana pendidikan warga emas di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah.
Jadi tunggu apa lagi? Daftar segera ! Kita berlari sambil beramal. Moga dengan penyertaan tuan/puan menjadi asbab tuan/puan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Amin.
Larian anda tanda sokongan kepada Kempen Hari Warga Emas Sedunia
Larian bila-bila masa dan dimana-mana sahaja dalam tempoh yang ditetapkan penganjur
Cabaran virtual run ini terbuka kepada semua tidak mengira peringkat umur, jantina dan bangsa. Yang pasti terbuka juga kepada pelari sepenuh masa juga baru hendak bermula
Penggunaan aplikasi larian adalah bebas. Tidak kira aplikasi mana yang anda gunakan, yang pasti lengkapkan larian anda
Ikut langkah-langkah dibawah , Senang Jer ~~
Lengkapkan maklumat anda pada ruangan yang telah disediakan dibawah
Pembayaran boleh dibuat melalui Online Transfer untuk lebih memudahkan
E-Bib akan dihantar dari masa ke semasa melalui group yang telah disediakan
Mula berlari pada tarikh yang telah ditetapkan, utamakan keselamatan
Larilah dimana anda suka, yang penting selamat. Habiskan 5km larian dalam 2 minggu tersebut.
Guna aplikasi telefon yang boleh merekod masa dan jarak larian
Hantar bukti larian pada google form yang telah disediakan
PERKARA | PENERANGAN |
---|---|
Tarikh Pendaftaran | 17 Julai - 19 September 2020 |
Tarikh Larian | 1 - 14 Oktober |
Lokasi Larian | Bebas ( Dimana saja anda berada ) |
Tarikh Penghantaran (Baju & Medal) | Bermula 7 Oktober |
Jarak Larian | 5 KM |
Runner Kit | Baju + Medal + e-Bib + e-Sijil |
Download salah satu running apps, pastikan aplikasi tersebut boleh rekod masa dan jarak larian k
* Admin selalu guna STRAVA
Pastikan saiz yang bersesuaian sebelum membuat pembayaran.
E-Bib akan dihantar selepas pendaftaran & E-Sijil pula akan dihantar selepas tamat tarikh akhir larian.
Kategori Terbuka Warga Emas Lelaki
Kategori Terbuka Warga Emas Wanita
Kategori Terbuka Lelaki
Kategori Terbuka Wanita