Ketenatan masyarakat seperti gelaja sosial dalam kalangan masyarakat, ponteng sekolah, melawan ibu bapa dan guru-guru, merokok, berjudi dan sebagainya mencari perhatian yang serius untuk diambil dalam penubuhan Raudhatul Huffaz. Segala kunci dalam permasalahan tersebut dapat diatasi dengan mengembalikan masyarakat kepada dua perkara iaitu al-Quran dan Sunnah (Hadith).
Secara umumnya, Raudhatul Huffaz ditubuhkan secara rasminya pada 7 Feb 2014.
Raudhatul Huffaz merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang diwujudkan untuk menyuburkan dan menyemarakkan budaya menghafaz al-Quran. Raudhatul Huffaz berusaha untuk menaja lebih ramai pelajar yang kurang berkemampuan dengan cara konsep seperti takaful iaitu sebarang keuntungan dari yuran akan di gunakan untuk menaja pelajar yang miskin, anak yatim, anak-anak ibu tunggal, keluarga kurang mampu, fakir miskin dan muallaf bukan hanya di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak.
Raudhatul Huffaz berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan keterjebakan anak muda ke lembah masalah sosial dapat diatasi dengan baik. Oleh itu, Raudhatul Huffaz menjalankan ‘Projek Pendidikan Bantuan Anak Asnaf Raudhatul Huffaz 2020’ dalam membantu kelangsungan Raudhatul Huffaz dalam tujuan untuk membangunkan masyarakat khususnya pelajar asnaf.