TABUNG PERWIRA

Sumbangan anda amat besar ertinya dan memberikan sinar baharu buat para Veteran ATM kita!
Pengumpulan dana ini adalah untuk Projek Sijil Kemahiran “Penyelerasan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHC)” secara percuma kepada veteran Angkatan Tentara Malaysia.
Setiap tahun sebanyak 6,000 ATM Malaysia akan bersana dan Veteran ATM ini mempunyai peluang pekerjaan yang terhad selepas mereka bersara daripada perkhidmatan.

Oleh itu, kami melihat usaha untuk membantu sebahagian daripada bakal veteran ini untuk mendapatkan sijil kemahiran supaya mereka boleh mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dalam persaraan. Dengan sokongan anda, ia sekali gus membantu Veteran ATM dan ahli keluarga mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

Kami kini dengan rendah hati meminta bantuan anda. Dengan kemurahan hati anda, kami bukan sahaja dapat menyediakan lebih banyak penyertaan dalam sijil kemahiran kepada Veteran ATM masa depan tetapi kami juga membantu veteran ini mempunyai peluang hidup yang lebih baik. Berbelanjalah di jalan Allah, bantu kami menguatkan dan berkembang ke tahap yang lebih tinggi sambil mendapatkan sadaqah jariyah anda hari ini. Sumbangan anda amat bermakna dan memberi sinar baharu kepada Veteran ATM.
.
Setiap derma kepada kempen ini layak mendapat potongan cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Jom #BuatBaik!