LARIAN AMAL

Julung kalinya Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah bekerjasama bersama Kumpulan Megaklinik Zahran menganjurkan program Larian Amal bersempena Hari Warga Emas Sedunia yang diraikan pada 1 Oktober setiap tahun.

 

Setiap pembelian & sumbangan akan disalurkan sebagai dana pendidikan warga emas di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah.

 

Jadi tunggu apa lagi? Daftar segera ! Kita berlari sambil beramal. Moga dengan penyertaan tuan/puan menjadi asbab tuan/puan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Amin.

Anjuran :

Kerjasama :

KENAPA ANDA WAJIB SERTAI ?

Penggunaan aplikasi larian adalah bebas. Tidak kira aplikasi mana yang anda gunakan, yang pasti lengkapkan larian anda

Larian anda tanda sokongan kepada Kempen Hari Warga Emas Sedunia

Larian bila-bila masa dan dimana-mana sahaja dalam tempoh yang ditetapkan penganjur

Cabaran virtual run ini terbuka kepada semua tidak mengira peringkat umur, jantina dan bangsa. Yang pasti terbuka juga kepada pelari sepenuh masa juga baru hendak bermula

MACAM MANA NAK DAFTAR ?

Ikut langkah-langkah dibawah , Senang Jer ~~

DAFTAR

Lengkapkan maklumat anda pada ruangan yang telah disediakan dibawah

BAYAR

Pembayaran boleh dibuat melalui Online Transfer untuk lebih memudahkan

DAPAT E-BIB

E-Bib akan dihantar dari masa ke semasa melalui group yang telah disediakan

LARI

Mula berlari pada tarikh yang telah ditetapkan, utamakan keselamatan

LOKASI BEBAS

Larilah dimana anda suka, yang penting selamat. Habiskan 5km larian dalam 2 minggu tersebut.

REKOD LARIAN

Guna aplikasi telefon yang boleh merekod masa dan jarak larian

HANTAR BUKTI

Hantar bukti larian pada google form yang telah disediakan

MAKLUMAT
PROGRAM

5 km? Senang je kan? haha

PERKARA PENERANGAN
Tarikh Pendaftaran 21 - 30 September 2020
Tarikh Larian 15 - 31 Oktober 2020
Lokasi Larian Bebas ( Dimana saja anda berada )
Tarikh Penghantaran (Baju & Medal) Bermula 2 November
Jarak Larian 5 KM
Runner Kit Baju + Medal + e-Bib + e-Sijil

RUNNING APPS

Download salah satu running apps, pastikan aplikasi tersebut boleh rekod masa dan jarak larian k

* Admin selalu guna STRAVA

RUNNING
KIT

Pengeposan Runner kit akan bermula pada 2 November

YURAN
PENDAFTARAN

Kutipan akan diberikan kepada Pusat Jagaan & Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah sebagai dana pendidikan. Daftar segera !!

SIZE
CHART

Pastikan saiz yang bersesuaian sebelum membuat pembayaran.

E-SIJIL
& E-BIB

E-Bib akan dihantar selepas pendaftaran & E-Sijil pula akan dihantar selepas tamat tarikh akhir larian.

SETIAP PENYERTAAN BERPELUANG MEMENANGI CABUTAN BERTUAH !

HADIAH
MENARIK !!

Jadi anda orang yang bertuah tak? haha..

Kategori Terbuka Dewasa

Kategori Terbuka Kanak-Kanak

Tak cukup? Tu je? Kami tambah lagi

Dapatkan promo ni segera !!

PEMERIKSAAN
KESIHATAN
MELALUI
DARAH

Menarik ??

JOM DAFTAR