IBADAH KORBAN SAMBIL BERINFAQ

- Darul Insyirah

APA PERASAAN ANDA,
BILA TAHU ADA ORANG YANG MAKAN DAGING HANYA SETAHUN SEKALI ??

Tidakkah hati kita terketuk untuk meringankan kesusahan mereka?
 
Mereka hidup jauh di ceruk pedalaman, tak tergambar dek akal pemikiran kita
Rupanya ada daripada mereka yang tak pernah makan daging
 
DAN
 
Inilah satu-satunya waktu untuk mereka merasai nikmat daging

Pada hari raya korban Aidiladha sahaja !

Kampung . Kemboja

Program Ibadah Korban Sambil Berinfaq adalah salah satu inisiatif Darul Insyirah yang membuka peluang kepada semua kumpulan dan individu yang ingin menjalankan ibadah korban sambil berinfaq bagi tahun 1441H/2020M.


Pihak Darul Insyirah menjalankan Projek Korban Sambil Berinfaq hanya di negara Kemboja. Korban akan dijalankan di beberapa kawasan Kemboja seperti :


  1.   1) Kg. Rokapram.
  2.   2) Kg. Trabang Prolit.
  3.   3) Kg. Beang Thom.

" Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu (pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu) "

KENAPA PERLU KORBAN
BERSAMA KAMI ?

+   Mendapat 2 ganjaran pahala iaitu pahala korban dan pahala berinfaq untuk pembangunan Kompleks Warga Emas Darul Insyirah (RM 100 daripada bayaran akan disalurkan ke tabung pembinaan Kompleks Darul Insyirah) & sebahagiannya untuk Tabung Pendidikan Ummah (TPU)

+   Layak mendapat pengecualian cukai LHDN (Untuk jumlah sumbangan Kompleks Darul Insyirah sahaja)

+   Kami komited membantu anda untuk menyalurkan sumbangan korban ke kawasan majoriti umat islam yang daif dan sangat memerlukan.

+   Kami juga turut membantu mereka yang ingin mengerjakan ibadah korban dengan kaedah bayaran secara ansuran.

  •  

Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.

(HR Ahmad dan Ibnu Majah)​

SAYA BERMINAT !
BERAPA HARGANYA ?

Previous
Next

Bagi yang berminat tapi rasa berat nak bayar sekaligus, jangan risau !! Kami beri peluang untuk membuat pembayaran secara ansuran.

 

Maklumat Lanjut :

Ustaz Saflie ( 017 321 2457 )

MACAM MANA
BAYARAN SECARA ANSURAN ?

Kami sedar terdapat individu yang berhajat menjalankan ibadah korban sudah sekian lama tapi masih belum berkemampuan. Jadi kami datangkan solusi kepada permasalahan tersebut dengan memberi peluang kepada semua melalui sistem pembayaran ansuran.

Bagi yang ingin membuat pembayaran secara ansuran, boleh memilih untuk membuat pembayaran ansuran mengikut bulanan. Moga dengan langkah ini, memudahkan anda semua agar tidak rasa terbeban untuk menjalankan ibadah korban pada tahun ini.