Home Darul Insyirah

Darul Insyirah

by adminpacu

Visi

  • Mewujudkan standard piawaian mutu penjagaan dan pendidikan pusat-pusat Penjagaan dan Pendikan warga emas Muslim di seluruh negara.

Misi

  • Menyelamatkan aqidah warga emas muslim di penghujung usia mereka dengan menuntut ilmu dan kembali menjadikan islam sebagai cara hidup.

Objektif Penubuhan

  • Membangunkan sebuah rumah penjagaan orang tua Islam yang dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka.
  • Merangka dan melaksanakan program pendidikan yang dapat meningkatkan maruah, harga diri dan kualiti hidup warga emas dalam keluarga dan masyarakat.
  • Menjalinkan program kerjasama dengan masyarakat dan individu bagi memajukan potensi warga emas agar mereka terus aktif dan produktif.

Latar Belakang Penubuhan

  • Ditubuhkan secara rasmi pada 1 September 2013. Menyediakan perkhidmatan penjagaan harian, mingguan dan bulanan.
  • Menyediakan kelas-kelas pendidikan yang bersesuaian dengan warga emas dalam dasar pendidikan sepanjang hayat.

NAMA

Pusat Jagaan & Pendidikan

Warga Emas Darul Insyirah

ALAMAT

No 72, Jalan Melati, Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

NO. ROS

PPM-008-100-05052014

NO. JKM

B/P JB WT 022/2017

NO. LHDN

LHDN.01/35/42/51/179-6.7997

NO. AKAUN BANK

5628 3463 1731 (Maybank Islamic)
2-12457-6001294-2 (RHB Islamic)

NO.TELEFON

011 – 1054 1994 (Pegawai Operasi)

012 – 294 1976 (Pegawai Operasi)

EMAIL

darulinsyirah2013@gmail.com

SENARAI
CAWANGAN

DARUL INSYIRAH .

MENARIKNYA
DARUL INSYIRAH

  • Jagaan Harian
  • Jagaan Mingguan
  • Jagaan Bulanan
  • Kelas Pengajian
  • Tadarus Al-Quran
  • Rawatan berkala
  • Senaman Fizikal
  • Tadabbur Alam
  • Solat Berjemaah
  • Outdoor Session

PENCAPAIAN

  • Kempen #MisiIkhlasAidilfitri anjuran Watsons dengan kerjasama Darul Insyirah.
  • Penganjuran Persidangan Industri Warga Emas Kebangsaan : Menuju Pengurusan Patuh Syariah pada 15 – 16 Mac 2019 di USIM.
  • 45 Program CSR, Program komuniti dan Penyelidikan dari pelbagai agensi, IPT dan sekolah pada tahun 2019.
  • Merangka dasar berkaitan warga emas seperti UPR, Successful Ageing, Third Age University, Modul Keibubapaan Datuk Nenek LPPKN, UNCHR, Dasar Keluarga Sakinah Negara, Dasar Wanita Islam Negara.
  • Menjayakan Misi Korban di Kemboja dengan menyumbangkan sebanyak 30 ekor.
  • Projek Mega : Penganjuran Hi – Tea Amal, Iftar Amal, Golf Amal dan Projek Korban Bersama Darul Insyirah pada tahun 2018 untuk pengumpulan dana Pembinaan Kompleks.
  • Dilantik sebagai Presiden dan Setiausaha Agung Persatuan Pengendali Warga Emas S – Malaysia (AgeCope) cawangan Selangor.
  • Menganjurkan aktiviti – aktiviti menarik sepanjang bulan oktober sempena bulan warga emas.

Berminat menjadi SUKARELAWAN kami?