Home PACU PERWIRA GAMATKAN CUTI HARI MALAYSIA

PERWIRA GAMATKAN CUTI HARI MALAYSIA

by adminpacu

BANGI, 18 September 2023 – Pada 16 September yang lalu, PROTU dengan kerjasama PACU telah melaksanakan program Perwira : Anak Watan Berdaulat Cinta Negara.

Program ini telah dimeriahkan dengan kehadiran seramai 39 orang peserta, dan dua orang panel jemputan dari AcheryMy dan Kelab Silat Gayong PLKU.

Antara aktiviti menarik yang dianjurkan pada program ini adalah memanah, silat, dan mencipta tanjak.

Turut hadir pada program berkenaan adalah Encik Saflie Azwan yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif PACU.

Semoga dengan program ini mampu memupuk rasa semangat cinta akan tanah air kepada anak-anak ini.
___________________________________
” TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENAJA YANG TELAH MENJAYAKAN PROGRAM INI “

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.