Home PACU SIRI 2 : KEMBARA VARSITI & KERJAYA, PACU KE SMK SRI TAPAH, PERAK

SIRI 2 : KEMBARA VARSITI & KERJAYA, PACU KE SMK SRI TAPAH, PERAK

by adminpacu

BANGI, Isnin – Hari yang ditunggu ramai telah pun tiba. Selama 2 hari Program Misi Kecemerlangan Pendidikan 2023-2024 bagi siri 2 ini telah pun berlangsung dengan jayanya di SMK Sri Tapah, Perak baru-baru ini. Program ini telah dibuat pada 10 Jun 2023 hingga 11 Jun 2023.

Program yang dijayakan ini adalah hasil kerjasama bersama Relawan Muda ISMA (RMI) dengan tajaan Yayasan Telekom Malaysia (YTM) yang turut dibantu oleh Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU).

Alhamdulillah seramai 60 orang pelajar tingkatan 5. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan 40 orang para sukarelawan daripada UniMAP.

Antara slot aktiviti yang telah PACU sampaikan selama 2 hari ini adalah Slot Teknik Membina Heartset Pelajar Menempuh SPM, Teknik Mindset Pelajar Cemerlang, 7 Teknik Yang Perlu Dikuasai Oleh Pelajar, Teknik Membuat Nota, dan Pemantapan Dalaman Pelajar Untuk SPM.

Pada hari Ahad pula, program diteruskan dengan slot Inner Peace dan pembentangan daripada pelajar. Selesai sahaja pembentangan, program diteruskan dengan majlis penutup dan bersurai pada tengahari.

Sewaktu majlis penutup, turut berlangsung sesi penyerahan easy note subjek Sejarah yang telah dihasilkan oleh para pelajar bersama sukarelawan sepanjang program ini kepada pengetua sekolah iaitu Encik khusaini bin Sahari.

Alhamdulillah 2 hari yang penuh dengan aktiviti. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Encik Amiruddin Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif PACU dan 3 orang staf PACU dan Encik Ahmad Mutaqqin Khairul, Pengurus Projek Misi Kecemerlangan Pendidikan (Relawan Muda ISMA) kerana telah bersama menjayakan program ini. Semoga program ini akan terus memberi manfaat buat pelajar-pelajar yang terlibat.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.