BANGI, Rabu – Pada hari Sabtu lepas, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah Sabah (PACU SABAH) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertempat di Pusat Pendidikan Masyarakat, Anjung Insyirah, Putatan. Majlis ini juga telah melibatkan inisiatif PACU iaitu, Anjung Insyirah (AI), Raudhatul Huffaz (RH), dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).
Turut hadir, Puan Syifa’ Sarip selaku Ahli Lembaga Pengarah PACU dan Ustazah Latifah sebagai pengisi untuk Aura Wanita pada bulan ini. Majlis ini telah melibatkan kesemua staf PACU Sabah, ahli Anjung Insyirah (AI), dan anak-anak daripada Raudhatul Huffaz (RH) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).
Antara aktiviti menarik yang turut diadakan adalah cabutan bertuah, pengisian aura wanita, pertandingan mewarna raya, pertandingan kad raya, persembahan raya anak-anak, dan pertandingan busana raya.
Alhamdulillah majlis ini berlangsung dengan gilang-gemilang dan semua yang hadir sangat gembira. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama staf, ibu-ibu Anjung Insyirah (AI), dan anak-anak Raudhatul Huffaz (RH) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).