BANGI, 12 April 2023 – Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) telah menganjurkan majlis berbuka puasa sempena menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PACU dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Majlis ini telah dihadiri seramai 240 orang yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat, rakan strategik, dan beberapa universiti tempatan. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi, UKM, Prof. Dato Dr Wan Kamal Mujani sebagai perasmi majlis.
PACU telah mensasarkan untuk mengutip dana sebanyak RM500,000 bagi membiayai projek-projek pendidikan terhadap anak-anak asnaf sekitar Selangor dan pedalaman Sabah serta membuka peluang pelaksanaan projek penyelidikan ummah sepanjang tahun 2023.
Antara objektif lain diatas kerjasama ini adalah PACU dan UKM ingin sama-sama menghidupkan masyarakat dengan program berunsur Islami demi membentuk suasana harmoni dan membangun serta dapat menjalinkan hubungan yang strategik dengan organisasi mahupun korporat yang menyokong khidmat masyarakat dalam pembangunan pendidikan.