Home Raudhatul Huffaz EDARAN IFTAR DAN SAMPUL RAYA KEPADA PELAJAR PROJEK UMMAH, SABAH

EDARAN IFTAR DAN SAMPUL RAYA KEPADA PELAJAR PROJEK UMMAH, SABAH

by adminpacu

PAPAR, Jumaat – Atas sumbangan ramai melalui tajaan iftar anak asnaf dan komuniti, alhamdulillah sebanyak 28 pek makanan dan air kotak telah pun diedarkan kepada 28 orang pelajar asnaf daripada Raudhatul Huffaz (RH) dan 22 orang penerima daripada kalangan ahli Anjung Insyirah (AI) di Surau As Salam Kg Jawa, Gadong, Kimanis, Papar pada hari jumaat baru-baru ini.

Agihan ini telah pun dilakukan oleh Team Pengurusan Raudhatul Huffaz dan Anjung Insyirah itu sendiri yang dihadiri oleh Cik Ain Sahadon selaku Pegawai Operasi Raudhatul Huffaz (RH) dan Cik Mersiah Mustajim selaku Pegawai Operasi Anjung Insyirah (AI).

Tidak dilupakan juga kepada para tenaga pengajar iaitu Ustazah Arnianti dan Ustaz Asnor atas kerjasama baik yang diberikan sehinggalah perjalanan edaran ini berjalan dengan lancarnya. Kegembiraan menerima juadah berbuka daripada anak-anak dan komuniti ini sangat terpancar di wajah mereka.

“Ya Allah, Engkau rahmati dan berkatilah amalan infaq rezeki daripada setiap penyumbang dan penaja yang dermawan ini”

Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi (bersedekah). Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏اليد العليا خير من اليد السفلى

Yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat al-Bukhari)”

Tajaan iftar untuk anak-anak asnaf dan komuniti di bawah Tabung Pendidikan Ummah (TPU) ini masih lagi dibuka. Sekiranya berminat, inilah peluang kita buru pahala berpanjangan dengan menaja hidangan berbuka puasa mereka.

KEMPEN-KEMPEN TERKINI UNTUK GANDAKAN PAHALA ANDA

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.