Home Projek Tuisyen Ummah EDARAN IFTAR KEPADA PELAJAR ASNAF PROJEK TUISYEN UMMAH (PROTU)

EDARAN IFTAR KEPADA PELAJAR ASNAF PROJEK TUISYEN UMMAH (PROTU)

by adminpacu

Atas sumbangan ramai melalui tajaan iftar anak asnaf, alhamdulillah sebanyak 30 pek makanan dan air kotak telah pun diedarkan kepada 30 orang pelajar asnaf daripada Projek Tuisyen Ummah (PROTU) pada petang tadi.

Agihan ini telah pun dilakukan oleh Team Projek Tuisyen Ummah (PROTU) itu sendiri yang dihadiri oleh Cik Najidah selaku Pengurus Projek Tuisyen Ummah dan diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) iaitu En. Amiruddin Kadir.

Tidak dilupakan juga kepada AJK Setempat atas kerjasama baik yang diberikan sehinggalah perjalanan edaran ini berjalan dengan selancarnya. Kegembiraan menerima juadah berbuka daripada anak-anak ini sangat terpancar di wajah mereka. 

“Ya Allah, Engkau rahmati dan berkatilah amalan infaq rezeki daripada setiap penyumbang dan penaja yang dermawan ini”

Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi (bersedekah). Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏اليد العليا خير من اليد السفلى

Yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat al-Bukhari)”

Tajaan iftar untuk anak-anak asnaf ini masih lagi dibuka. Sekiranya berminat, inilah peluang kita buru pahala berpanjangan dengan menaja hidangan berbuka puasa mereka

KEMPEN-KEMPEN TERKINI UNTUK GANDAKAN PAHALA ANDA

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.