Home Projek Tuisyen Ummah PROTU SIAP SIAGA HADAPI SPM TAHUN 2024

PROTU SIAP SIAGA HADAPI SPM TAHUN 2024

by adminpacu

BANGI, Rabu – Pada minggu lalu, Protu telah berjaya melaksanakan Bengkel SPM untuk calon pelajar SPM sesi 2023/2024. Bengkel yang berlangsung secara alam maya ini telah berjaya mengumpulkan seramai 30 orang pelajar daripada pelbagai sekolah.

Bengkel ini dilaksanakan bagi membantu para pelajar yang bakal mengambil SPM pada tahun hadapan. Sekaligus ia dapat membantu pelajar-pelajar membuat ulangkaji topik yang perlu difahami sebelum masuk tingkatan 5 nanti. Bengkel ini juga telah membuka ruang untuk pelajar mendapat kemahiran menjawab soalan peperiksaan sebenar dan melatih pelajar-pelajar dengan membiasakan mereka dengan bermacam bentuk soalan.

Di samping itu juga, para guru telah berkongsi tips untuk persediaan memasuki tingkatan 5. Antaranya ialah tajuk yang perlu difokuskan dan berkaitan dengan apa yang dipelajari semasa tingkatan 4. Akhir sekali, pelajar-pelajar ini turut dibekalkan dengan modul sebagai rujukan dan ulangkaji nanti.

Pihak penganjur mendoakan agar setiap calon-calon SPM sesi 2023/2024 ini berjaya. InsyaAllah!

Ingin Menjadi Salah Seorang Penaja ?

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.