PACU PERINTIS PROGRAM KHAS UNTUK VETERAN ATM
previous post
BANGI, Isnin – Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) telah melaksanakan satu program khas untuk Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terpilih.
Program ini telah dihadiri seramai 20 orang veteran ATM dan telah berlangsung selama 4 hari, bermula 16 Februari sehingga 19 Februari 2023 yang bertempat di Menara NIOSH itu sendiri.
Program Occupational Safety and Health Course (OSH-C) ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu veteran ATM mendapatkan kemahiran tambahan bagi memastikan mereka dapat membina satu kerjaya baru selepas meninggalkan badan beruniform, ATM.
YBhg Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) telah menerima jemputan sebagai tetamu kehormat untuk Majlis Penutupan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu Kursus Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH COORDINATOR) pada pagi ahad ini.
Ketua Pengarah JHEV telah mengatakan bahawa inilah salah satu usaha baik yang dilakukan kerana menjadi program pemula dalam membantu veteran-veteran ATM kita diseluruh negara.
Beliau turut menyampaikan rasa syukur dan berterima kasih kerana pihak penganjur seperti PACU, UKM dan NIOSH telah mengambil inisiatif ini untuk sama-sama membantu kerjaya Veteran ATM dan mengharapkan program seperti ini dapat diperkukuh dan diperkasakan lagi selepas ini.