Hala Tuju Sains Islam Dalam Mendepani Era Revolusi Industri 4.0
Hala Tuju Sains Islam Dalam Mendepani Era Revolusi Industri 4.0
Sains itu bermula sejak manusia diutuskan ke bumi. Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 30 yang bermaksud “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” Dalam era ini perbezaan antara sains sekarang dan zaman dahulu ialah sains kini telah wujudnya pertentangan antara agamawan Kristian dengan golongan saintis mereka sendiri. Wujudnya pertentangan ini sejak kejatuhan kota Andalusia. Sains zaman sekarang mempunyai dua entiti iaitu manusia dan alam iaitu dimana apabila manusia memahami ciri-ciri alam maka terbangunlah sains.
Lantaran itu, di dalam islam menggariskan tiga entiti yang perlu diterapkan dalam sains iaitu syahadah dengan menyakini Allah itu tuhan dan Muhammad itu pesuruh Allah. Justeru itu apabila berbincang mengenai sains islam maka seseorang itu tidak boleh meninggalkan tuhannya. Dalam pada itu, seseorang itu juga perlu menerima bahawa Al-Quran itu tiada keraguan baginya. Seterusnya ialah khalifah, iaitu muslim perlu memahami bahawa Allah memberikan tanggungjawab untuk mengurus alam dan yang terakhir ialah diri sendiri iaitu kenal dan mendalami diri apa yang diri mahukan. Maka dengan itu, bila dikatakan dengan sains islam iaitu sains yang ada tuhan dalam konteks tuhan yang difahami dengan ajaran islam.
Al-quran sebagai “operating system” sistem operasi yang perlu diterapkan dalam diri seseorang muslim dalam, surah al-baqarah ayat 208 “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian kepada Islam secara kaffah (menyeluruh)”. Ini kerana al-quran banyak membahaskan tentang keterangan dalam ilmu sains. Lantaran itu, ilmu Allah ini ibarat seluas lautan, manakala ilmu manusia itu hanyalah setitis daripadanya. Maka dengan itu seseorang itu perlu berusaha memperoleh ilmu berdasarkan landasannya.
Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusuf Othman revolusi yang pertama adalah apabila tenaga haba dipindahkan kepada tenaga mekanik, dimana apabila pakar saintis telah memahami konsep ini maka para jurutera telah mencipta peralatan-peralatan dan mesin. Sebagai contoh, zaman dahulu menggunakan kerbau untuk membajak sawah dan telah digantikan dengan mesin. Impaknya terhadap revolusi ini adalah dimana bilangan pekerja semakin berkurang. Revolusi yang kedua ialah apabila tenaga mekanik ditukarkan kepada tenaga elektrik, dimana Thomas Edison telah menjumpai kuasa elektrik tersebut. Sebagai contoh penggunaan lampu, dengan hanya menggunakan hanya satu gerakan dapat menerangkan sebuah bilik. Seterusnya ialah revolusi yang ketiga iaitu penggunaan komputer dimana dayanya hampir seperti manusia malah ia lebih memudahkan, dimana seseorang itu boleh berkomunikasi tanpa sempadan. Namun begitu, persoalnnya yang ditekankan disini bagaimana revolusi yang semakin canggih dapat membentuk seseorang itu menjadi seorang yang beradap seperti yang digariskan oleh agama islam.
Dunia hari ini semakin membimbangkan apabila kecanggihan teknologi dapat mempengaruhi seseorang dalam berbuat kejahatan. Sebagai contoh, melalui telifon pintar seseorang itu dapat memutar belit kenyataan seseorang demi kepuasan dirinya sendiri dan melalui teknologi juga seseorang itu akan terdedah dengan perkara buruk atau maksiat.
Justeru itu, pentingnya pegangan agama sebagai landasan dan penerapan nilai-nilai islam dalam ilmu sains khususnya dalam penggunaan teknologi semasa yang secara tidak langsung terlibat dalam revolusi industri 4.0.
Artikel ini ditulis oleh :
Fatin Atiqah Binti Hamedi
Pelajar Latihan Industri
Bakal graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Insan