Home Projek Tuisyen Ummah

Projek Tuisyen Ummah

by adminpacu

Pengenalan

Projek Tuisyen Ummah (PROTU) adalah satu projek  tuisyen untuk memberi peluang kepada masyarakat yang kurang berkemampuan mendapatkan akses pendidikan yang sempurna selain bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar sekolah menerusi sudut padang ilmu islam dengan mengambil inspirasi tokoh-tokoh ilmuan islam sebagai model untuk mencapai kejayaan.

Visi

  • Pembinaan tamadun dengan melahirkan ilmuan-ilmuan islam yang hebat ilmunya dan mantap akhlaknya.

Misi

  • Penambahan nilai pembelajaran melalui pembangunan jati diri muslim sejati menerusi modul-modul yang unik dan interaktif sesuai dengan perkembangan remaja.

Objektif Penubuhan

  • Meningkat prestasi akademik pelajar.
  • Memberi nilai tambah dari sudut tambah islam di dalam silibus akademik.
  • Membudayakan ilmu dalam suasana yang kondusif.
  • Memastikan kecemerlangan akademik dan akhlak.
  • Memberi akses pendidikan kepada semua golongan.

Cawangan

  • Padang Jawa, Shah Alam
  • Seksyen 16, Shah Alam
  • Tahfiz Al Amirin
  • Kuala Lumpur
  • Johor Bahru
  • Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
  • Seksyen 16 PPRT, Bandar Baru Bangi

E-Mail

tuisyenummah15@gmail.com

No. Akaun

5628-3464-0104  (Maybank Islamic)

No. Telefon

011-5505 1507 (Pegawai Operasi)

Keunikkan Kami

  • Bilangan : Berkelompok dengan bilangan pelajar 3-6 orang di dalam satu kumpulan.
  • Suasana : Pembelajaran dijalankan dalam bentuk santai dan menyeronokkan.
  • Tempat : Boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan di dalam suasana yang kondusif dan selesa.
  • Komunikasi : Pembelajaran dua hala, kurangkan memberi kuliah, galakkan pelajar berbincang.

Berminat menjadi SUKARELAWAN kami?

X