Puan Hajjah Asral Widad Binti Ahmad Asnawi dilahirkan di Jitra Kedah pada 19 September 1976. Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau telah menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana (LLM) di UKM dalam bidang medico-legal.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah separuh masa di beberapa universiti antaranya Open University Malaysia (OUM), Kuliyyah Information and Technology (KICT) dan Kuliyyah Economics and Management (KENMS) UIAM. Beliau juga pernah menjadi pensyarah sepenuh masa di INTI College Subang Jaya dan Lim Kok Wing Universiti College (LUCT), Cyberjaya.

Beliau berpengalaman luas dalam pembinaan modul BTN dan modul motivasi bagi sekolah rendah dan menengah. Beliau bergiat aktif sebagai aktivis masyarakat sejak di bangku sekolah lagi. Kini beliau adalah Pengerusi kepada Lembaga Pengarah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU), Pengasas dan Pengerusi Darul Insyirah serta Pengasas dan Penasihat Raudhatul Huffaz.

Ustazah Husna bt Muhamad Zamani dilahirkan di Terengganu pada 10 Februari 1986. Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Al- Quran dan Sunnah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Selain itu beliau mempunyai Diploma dalam Tahfiz Al- Quran dan Qiraat dari Darul Quran (DQ) JAKIM. Memulakan kerjaya sebagai tenaga pengajar di Sekolah Sri Al-Amin Bangi dan pensyarah tasmi tambahan di Uniten.

Beliau sangat komited dalam memberi pendidikan kepada
masyarakat tidak kira lapisan umur. Sangat aktif sebagai aktivis masyarakat sejak di bangku sekolah lagi dan melibatkan diri dalam bidang pendidikan contohnya “Konvesyen Kepimpinan Hu ffaz”. Kini beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah (Eksekutif) merangkap Pengurus Besar Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) dan Pengasas serta Pengurus Besar Raudhatul Huffaz.

[us_testimonial style=”2″ author=”Puan Hajjah Asral Widad Binti Ahmad Asnawi” company=”Pengasas Raudhatul Huffaz” img=”5983″]Saya berharap masyarakat dapat melihat inisiatif PACU ini lebih daripada sekadar perkhidmatan biasa yang disediakan untuk orang ramai kerana objektif , misi dan visi penubuhan PACU adalah jauh lebih besar daripada itu.[/us_testimonial]
Menu