Puan Hajjah Asral Widad Binti Ahmad Asnawi dilahirkan di Jitra Kedah pada 19 September 1976. Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau telah menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana (LLM) di UKM dalam bidang medico-legal.
Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah separuh masa di beberapa universiti antaranya Open University Malaysia (OUM), Kuliyyah Information and Technology (KICT) dan Kuliyyah Economics and Management (KENMS) UIAM. Beliau juga pernah menjadi pensyarah sepenuh masa di INTI College Subang Jaya dan Lim Kok Wing Universiti College (LUCT), Cyberjaya.
Beliau berpengalaman luas dalam pembinaan modul BTN dan modul motivasi bagi sekolah rendah dan menengah. Beliau bergiat aktif sebagai aktivis masyarakat sejak di bangku sekolah lagi. Kini beliau adalah Pengerusi kepada Lembaga Pengarah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU), Pengasas dan Pengerusi Darul Insyirah serta Pengasas dan Penasihat Raudhatul Huffaz.
Cik Fakhriyah Nur Binti Ibrahim dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Disember 1990.
Lepasan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Kimia (Kepujian) di Monash University, Australia di bawah biasiswa MARA.
Bergiat aktif dalam aktivisma mahasiswa terutamanya dalam penganjuran program pelepasan pelajar ke Australia (Semai Mesra) dan alumni pelajar lepasan Australia New Zealand (AUZIES).
Kini bekerja sebagai Pegawai Bioteknologi dan Pembangunan Produk di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi.
Cik Fadhilah bte Othman dilahirkan pada 29 Ogos 1987 di Kluang, Johor. Merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Sekitaran) di Universiti Malaysia Sabah pada 2009. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Putra Malaysia dan memperolehi Master Alam Sekitar pada tahun 2011. Beliau selanjutnya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Etika Alam Sekitar pada tahun yang sama sehingga kini.
Beliau berpengalaman menjalankan penyelidikan berkaitan kelestarian alam sekitar serta mengambil bahagian dalam penulisan jurnal dan pembentangan penyelidikan di seminar-seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di samping terlibat dalam penyelidikan berbentuk akademi, beliau turut bergiat dalam program- program kesedaran alam sekitar bersama komuniti.
Pada tahun 2011, beliau telah mewakili UPM dalam program Denso Youth for Earth Action (DYEA) Local Program (Malaysia), iaitu sebuah inisiatif berkenaan program kesedaran alam sekitar oleh Syarikat Denso Malaysia Sdn. Bhd. Bermula tahun 2013, beliau telah menyertai i-Backyard Science (IBS) sebagai pengasas bersama, yang mana beliau telah terlibat sebagai penceramah di samping membangunkan modul sains dan alam sekitar mengikut perspektif Islam bagi program-program anjuran IBS.
Cik Siti Fatimah Binti Hamzah dilahirkan di Pasir Puteh Kelantan pada 20 Ogos 1990.
Lepasan Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin dibawah tajaan Jabatan Perkidmatan Awam (JPA). Merupakan pelajar terbaik keseluruhan bidang ternakan termasuk produksi haiwan ternakan dan kesihatan awam haiwan ternakan yang membolehkan beliau merangkul pingat Ibnu Awam (pelajar terbaik fakulti Pertanian) didalam Majlis Konvokesyen UniSZA yang ke-5 pada tahun 2015,
Bergiat aktif dalam aktivisma mahasiswa terutamanya sebagai ketua biro akademik PEMBINA UniSZA dan Kelab Haiwan UniSZA (ALPHA) . Pernah menjawat jawatan sebagai Fellow penyelidik di univesiti Putra Malaysia selama 2 tahun dan kini meneruskan bidang pengajian beliau didalam sarjana sains (Nutrisi Haiwan) di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Nur Illiyin Binti Mohamed Roslan dilahirkan di Tapah, Perak pada 23 September 1987.
Lepasan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan daripada Universiti Sains Islam Malaysia. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pembangunan Produk Halal di Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia.
Berpengalaman menjalankan penyelidikan dan pernah bekerja di dalam bidang industri halal.
Beliau turut bergerak aktif selaku aktivis Kelab Remaja Isma (KRIM) Daerah Hulu Langat yang mana melibatkan program remaja di peringkat sekolah dan lepasan sekolah.
Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Pembangunan Produk Halal di Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia.
[us_testimonial style=”2″ author=”Fakhriyah Nur Binti Ibrahim” company=”Pengasas iBS” img=”5862″]Cita-cita saya besar dengan iBS ini. Pada pendapat saya iBS boleh menjadi platform kepada masyarakat khususnya generasi muda yang sukakan cabaran, inovatif, kreatif dan aktif dalam memahami, menjiwai dan menghayati dunia ciptaan Allah dan seisinya serta kekuasaan Allah mengatur segalanya. Islam dan Sains tidak dapat dipisahkan. Jom jadi saintis muslim hebat![/us_testimonial]
[us_testimonial style=”2″ author=”Fadhilah bte Othman” company=”Pengasas iBS” img=”5866″]Program-program i-BS memanfaatkan alam sekitar sebagai medium untuk mengakarumbikan budaya sains dan teknologi dikalangan kanak-kanak dan remaja dengan menggunakan pendekatan islami. Dengan inisiatif seumpama ini, saya melihat potensi i-BS untuk berperanan penting dalam menjayakan agenda kelestarian di Malaysia khususnya, serta di peringkat serantau umumnya.[/us_testimonial]
Menu