fbpx
Home Latar Belakang

Latar Belakang

by adminpacu

[us_image image=”5453″ size=”full” align=”center” animate=”aft” animate_delay=””]
[us_btn icon=”material|assignment_ind” style=”3″ label=”Hajjah Asral Widad Binti Ahmad Asnawi”][us_separator size=”custom” height=”32px” show_line=”1″ line_width=”default”]

Puan Hajjah Asral Widad Binti Ahmad Asnawi dilahirkan di Jitra Kedah pada 19 September 1976. Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau telah menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana (LLM) di UKM dalam bidang medico-legal.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah separuh masa di beberapa universiti antaranya Open University Malaysia (OUM), Kuliyyah Information and Technology (KICT) dan Kuliyyah Economics and Management (KENMS) UIAM. Beliau juga pernah menjadi pensyarah sepenuh masa di INTI College Subang Jaya dan Lim Kok Wing Universiti College (LUCT), Cyberjaya.

Beliau berpengalaman luas dalam pembinaan modul BTN dan modul motivasi bagi sekolah rendah dan menengah. Beliau bergiat aktif sebagai aktivis masyarakat sejak di bangku sekolah lagi. Kini beliau adalah Pengerusi kepada Lembaga Pengarah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU), Pengasas dan Pengerusi Darul Insyirah serta Pengasas dan Penasihat Raudhatul Huffaz.

[us_image image=”5469″ size=”full” align=”center” animate=”aft” animate_delay=””]
[us_btn icon=”material|assignment_ind” style=”3″ label=”Hajjah Siti Nadzrah Binti Sheh Omar”][us_separator size=”custom” height=”32px” show_line=”1″ line_width=”default”]

Puan Hajjah Siti Nadzrah Binti Sheh Omar dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 5 Mac 1962. Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Carleton University, Ottawa, Kanada. Beliau memulakan kerjaya sebagai penterjemah separuh masa di Dewan Bahasa dan Pustaka dan seterusnya bertugas sebagai Eksekutif Pentadbiran di Strategic Resource Consultant.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pendidikan. Antara jawatan yang pernah beliau sandang di peringkat ini ialah sebagai Pengarah Projek di UMM Hijau Sdn Bhd, Konsultan Projek ‘Malaysian Smart School’ di Technitium Sdn Bhd, Pengurus Projek di OIC Networks Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Operasi di Medical Interest Group Sdn Bhd. Kini beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) dan Pengasas Darul Insyirah.

[us_image image=”5471″ size=”full” align=”center” animate=”aft” animate_delay=””]
[us_btn icon=”material|assignment_ind” style=”3″ label=”Datin Siti Hajar Yaakob”][us_separator size=”custom” height=”32px” show_line=”1″ line_width=”default”]

Datin Siti Hajar Yaakob dilahirkan di Kuala lumpur pada 29 November 1972. Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Institut Teknologi Mara yang kini dikenali sebagai UiTM.
Memulakan kerjaya di Malaysian Industry – Goverment Group For High Technology (MIGHT ) sebagai eksekutif di Pejabat Ketua Eksekutif dan kemudian sebagai Penolong Pengurus Komunikasi Korporat. Beliau berpengalaman dalam mengendalikan lawatan delegasi antarabangsa, bertanggungjawab mengendalikan semua urusan berkaitan perhubungan awam dan pengurusan majlis.

Beliau juga pernah berkhidmat di Skynett Woldwide Asia Sdn Bhd sebagai Ketua Jabatan Komunikasi Korporat. Kerjaya beliau beralih sebagai seorang usahawan dalam industri fesyen muslimah sejak 2009. Beliau adalah Pengasas dan Pemilik Butik Q’dja yang beroperasi di Tama n Tropika, Kajang. Kini, beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) dan juga salah seorang Pengasas Darul Insyirah.

[us_image image=”5476″ size=”full” align=”center” animate=”aft” animate_delay=””]
[us_btn icon=”material|assignment_ind” style=”3″ label=”Husna bt Muhamad Zamani”][us_separator size=”custom” height=”32px” show_line=”1″ line_width=”default”]

Puan Husna bt Muhamad Zamani dilahirkan di Terengganu pada 10 Februari 1986. Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Al- Quran dan Sunnah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Selain itu beliau mempunyai Diploma dalam Tahfiz Al- Quran dan Qiraat dari Darul Quran (DQ) JAKIM. Memulakan kerjaya sebagai tenaga pengajar di Sekolah Sri Al-Amin Bangi dan pensyarah tasmi tambahan di Uniten.

Beliau sangat komited dalam memberi pendidikan kepada
masyarakat tidak kira lapisan umur. Sangat aktif sebagai aktivis masyarakat sejak di bangku sekolah lagi dan melibatkan diri dalam bidang pendidikan contohnya “Konvesyen Kepimpinan Hu ffaz”. Kini beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah (Eksekutif) merangkap Pengurus Besar Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) dan Pengasas serta Pengurus Besar Raudhatul Huffaz.

[us_btn icon=”material|people” align=”center” style=”3″ label=”Direktori Organisasi PACU”][us_separator size=”custom” height=”32px” show_line=”1″ line_width=”default”][us_image image=”5487″ size=”full” align=”center” animate=”afb” animate_delay=””]
[us_testimonial style=”2″ author=”Hajjah Asral Widad Binti Ahmad Asnawi” company=”Ahli lembaga pengarah PACU” img=”5412″]Saya berharap masyarakat dapat melihat inisiatif PACU ini lebih daripada sekadar perkhidmatan biasa yang disediakan untuk orang ramai kerana objektif , misi dan visi penubuhan PACU adalah jauh lebih besar daripada itu.[/us_testimonial]
X