Home i-Backyard Science

i-Backyard Science

by adminpacu

Pengenalan

i-Backyard Science merupakan salah satu inisiatif Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) yang menekankan pembelajaran Islam dari sudut sains dan meningkatkan kreativiti generasi muda demi mengembalikan kesinambungan kecemerlangan ilmuan islam melalui pendekatan sains tauhidik

Visi

  • Siri eksperimen luar yang membawa kanak-kanak dan remaja mengenali al-khaliq Allah dari sudut sains.

Misi

  • Melahirkan generasi saintis yang cemerlang ilmu Islam dan berakhlak dengan ilmunya.

Objektif Penubuhan

  • Mempelajari Islam dari sudut sains dan meningkatkan kreativiti generasi muda demi mengembalikan kesinambungan kecemerlangan ilmuan islam dalam bidang sains teknologi
  • Menerapkan kefahaman sifat Rububiah Allah melalui pemerhatian ke atas backyard.
  • Menerapkan rasa minat terhadap sains melalui sains melalui siri-siri eksperimen mudah.
  • Memupuk rasa bersyukur kepada Allah dengan anugerah alam sekitar.

FACEBOOK

Fb.com/ibackyardscience.

INSTAGRAM

ibackyard Science.

YOUTUBE

ibackyard Science.

NO. TELEFON

  • 013-2483820 (Siti Fatimah)
  • 017-5943264 (Balqis)

EMAIL

ibackyardscience15@gmail.com

NO.AKAUN BANK

5628 3464 4713 (Maybank)

Menyelongkar eksperimen-eksperimen yang menarik berteraskan mukjizat saintifik bersama-sama dengan fasilitator yang terlatih dalam bidang sains. Bukan sahaja pembelajaran dari sudut teori, bahkan terus aplikasi kaedah sains-sains yang terdekat dengan kehidupan di samping penerapan hafazan ayat-ayat al quran. 

Previous
Next

Program ini menyantunni anak-anak semasa cuti sekolah, sebagai kelab di sekolah mahupun sebagai aktiviti untuk menghidupkan surau-surau dan masjid supaya anak-anak dapat memahami tujuan pencipataan diri sebagai khalifah menerusi pemerhatian alam dan aktiviti experiment yang mudah dan juga ringkas.

PENCAPAIAN

  • Penghasilan Modul sains untuk kegunaan tadika (Ibs@ tadika).
  • Kerjasama antarabangsa dengan Mz Academy Singapura.
  • Berjaya berdaftar sebagai kelab di 2 sekolah.
  • Mendapat Geran untuk program kelestarian alam daripada SUK Selangor.
  • Penganjur kepada 2 program kelestarian alam iaitu Nature Sustain Challenge dan Cabaran Lestari Alam.
  • Menjalankan program ibs teens untuk remaja sekolah lepasan PT3 dan juga Pertama Pintar.
  • Menjalankan kerjasama dengan MPKJ untuk Program Hari Tanpa Kenderaan Bandar Baru Bangi

Berminat menjadi SUKARELAWAN kami?

PROGRAM

  • i-BS : 2015-2019 – IBS Huffaz – 15 siri, IBS Outreach hamper 30 program, cabaran lestari Alam 2 , aktiviti alam sekitar 5.
  • IBS Outreach – Program eksperimen berteraskan pendidikan sains tauhidik yang membawa konsep aktiviti di luar sekolah menggabungkan peljaran sains dengan ilmu tauhid.
  • CALA – Cabaran Lestari Alam membawa aktiviti kitar semula dan plogging challenge yang membawa konsep sisih sampai bersih.
  • IBS Huffaz – Program selama 2 atau 3 hari berteraskan sains tauhidik yang membawa konsep kem di luar sekolah menggabungkan pelajaran sains dengan ilmu tauhid dan alquran. Pakej disediakan untuk aktiviti di surau, sekolah atau kawasan perumahan termasuk dengan kelengkapan bahan eksperimen, buku modul dan makanan.
  • IBS @School – Program berteraskan sains tauhidik yang dibawa ke sekolah-sekolah sebagai sebuah kelas dan menjalankan aktiviti luar sekolah. Konsep digunakan menggabungkan pelajaran sains dengan ilmu tauhid dan al-quran serta ilmu-ilmu sirah. Pakej adalah termasuk kelengkapan bahan eksperimen, buku modul dan makanan.
  • PRODUK IBS – Bokashi, recycle, D’edible garden.
X