Puan Hajjah Asral Widad Binti Ahmad Asnawi dilahirkan di Jitra Kedah pada 19 September 1976. Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau telah menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana (LLM) di UKM dalam bidang medico-legal.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah separuh masa di beberapa universiti antaranya Open University Malaysia (OUM), Kuliyyah Information and Technology (KICT) dan Kuliyyah Economics and Management (KENMS) UIAM. Beliau juga pernah menjadi pensyarah sepenuh masa di INTI College Subang Jaya dan Lim Kok Wing Universiti College (LUCT), Cyberjaya.

Beliau berpengalaman luas dalam pembinaan modul BTN dan modul motivasi bagi sekolah rendah dan menengah. Beliau bergiat aktif sebagai aktivis masyarakat sejak di bangku sekolah lagi. Kini beliau adalah Pengerusi kepada Lembaga Pengarah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU), Pengasas dan Pengerusi Darul Insyirah serta Pengasas dan Penasihat Raudhatul Huffaz.

content_pasteMaklumat Korporat PACU
content_paste
Maklumat Korporat PACU

NAMA
Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU)

ALAMAT
No. 72, Jalan Melati, Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

NO. PENDAFTARAN
PPM-009-10-12082015

NO. TELEFON
0389209661 (Pejabat)
0122941773 (Pn. Hajjah Asral Widad)

EMEL
admin@pacuummah.com

No. Akaun:
5628 3464 2417 (Maybank Islamic)
2-12457-6001292-6 (RHB Islamic)
logo maybank islamic_no akaun
logo rhb islamic_no akaun

[us_testimonial style=”2″ author=”Puan Hajjah Asral Widad Binti Ahmad Asnawi” company=”Ahli lembaga pengarah PACU” img=”5983″]Saya berharap masyarakat dapat melihat inisiatif PACU ini lebih daripada sekadar perkhidmatan biasa yang disediakan untuk orang ramai kerana objektif , misi dan visi penubuhan PACU adalah jauh lebih besar daripada itu.[/us_testimonial]

Menu