Home Darul Insyirah Lepas Balik Tu Rasa Macam Nak Kejang Satu Badan

Lepas Balik Tu Rasa Macam Nak Kejang Satu Badan

by adminpacu

Betul, macam nak kejang badan aku sebab dah lama tak lasak macam ni. Tapi macam-macam juga aku belajar sebenarnya.

Macam-macam karenah dan situasi bonda-bonda di Darul Insyirah. Antaranya ialah mereka menghidap ‘dementia’, ada yang makan guna tiub semua tu dan pelbagai lagi situasi yang dihadapi. Tapi mereka ini perlu dijaga dengan baik dan rapi semestinya perhatian dan juga pantauan selama 24 jam oleh ‘nurse’ yang berada disitu.

Apa yang aku rasa sepanjang jaga tu adalah hari-hari bonda-bonda ni akan sebut pasal anak mereka. Walaupun makan pakai tiub, tiap-tiap malam dia akan sebut nama anak dia. Kadang tu sebak aku dengar.

Mungkin bukan pilihan mereka untuk berada disitu dan bukan pilihan anak-anak untuk menghantar mak mereka ke sana. Tapi, mereka ada sebab tersendiri kenapa tindakan tersebut dibuat dan antara sebabnya adalah komitmen kerja mereka yang tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada mak mereka.

Kat Darul Insyirah, ‘nurse’ akan uruskan segalanya daripada makan,pakai dan sampai solat pun ‘nurse’ akan pastikan mereka solat tepat pada waktunya. Sesuai dengan penubuhan Darul Insyirah juga adalah untuk memberi kemudahan yang selesa untuk kebajikan hidup mereka dan kesejahteraan hidup warga emas.

Ini adalah kali pertama aku jadi sukarelawan disini. Tambahan lagi kena jaga bonda yang ‘bedridden’ yang mana ianya sangat mencabar emosi dan fizikal. Seronok sebab banyak benda baru yang aku dapat ‘explore’. Sebelum ni aku tengok kat TV je kisah jaga orang-orang tua tapi kali ni aku merasai sendiri walaupun dalam masa yang singkat.

Kadang-kadang bukan rasa macam kerja tapi lebih kepada tanggungjawab dan ibadah. Masa jaga diorang tu, terus aku aku terfikir kalau mak ayah aku dah berusia macam ni. Aku pun kena jaga mereka macam ni juga.

” This is the most precious part time i’ve ever done”.

Jom korang mungkin tak ada masa dan keupayaan untuk bantu mereka, tapi bantu yang mana termampu.

Rabiatul Maharani Mahmood
Pelajar IPT
(Sukarelawan Darul Insyirah)

Mari sama-sama kita bina Rumah Kediaman Warga Emas patuh syariah ini. Moga dengan usaha ‘kecil’ kita ini menjadi sesuatu yang ‘besar’ di akhirat kelak. Amin..

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X