Home Darul Insyirah PACU RAYU SUMBANGAN PROJEK CAHAYA COVID19

PACU RAYU SUMBANGAN PROJEK CAHAYA COVID19

by Hasanah Mahmood

BANGI – Sejumlah RM 209,000 diperlukan oleh Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) bagi menjayakan Projek Cahaya Covid19.

Sumbangan yang disasarkan akan diagihkan secara berperingkat kepada 2000 buah keluarga susah yang sangat memerlukan dan juga kepada 30 pengusaha rumah warga emas. Sumbangan tunai yang diberikan untuk menampung keperluan asas seperti bil eletrik dan air, ubat-ubatan, sewa rumah dan makanan asasi.

Projek yang dijalankan dengan kerjasama Tarbiah Sentap, Megaklinik Zahran, Darul Insyirah dan CAKNA Warga Emas ini membawa tema #CahayaBuatMereka untuk mengajak orang ramai turut serta bersama membantu memberikan cahaya kepada mereka yang memerlukan.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PACU, Hanafi Muidnudin berkata agihan sumbangan sebenarnya sedang dijalankan dari pelbagai pihak. Namun, masih belum mencukupi untuk membantu bilangan yang disasarkan.

“Kami di barisan NGO menyahut seruan kerajaan untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan ini dan kami sasarkan utama pada cikgu tadika, asatizah mengajar masjid, pekerja bergaji hari yang sangat terkesan hilang punca pendapatan.

“Di saat kita berada di rumah untuk mengekang penularan wabak Covid19, namun kita juga perlu mengekang masalah sosial seperti kecurian yang berlaku sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan tiada wang untuk membeli keperluan asas. Bahkan ada yang datang pada kami merayu dan menangis-nangis”, ujarnya lagi.

Hanafi berkata, orang ramai yang berminat menyumbang atau inginkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi pejabat PACU di Bandar Baru Bangi melalui talian 03-8920 9661 / 017-321 2457 atau layari laman facebook: www.facebook.com/pacuummah.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Per. Kecemerlangan Pendidikan Ummah, 5628 3464 2417.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X