Home PACU Majlis Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019

Majlis Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019

by adminpacu

Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019

Sepang, 19 Nov, Selasa – Sebuah program berkaitan hal ehwal agama yang bertemakan “WAWASAN KEMAKMURAN DAN KEDAMAIAN RAHMATAN LIL’ALAMIN” yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang bertempat di Moven Hotel KLIA , Sepang.

Program ini dijanjurkan bertujuan untuk membincangkan hal-hal keagamaan dan perkongsian ilmu islam oleh perdana menteri, menteri-menteri dan tokoh-tokoh ulama khas negara asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Kemboja dan Vietnam khususnnya.

Program ini menghantar jemputan khas kepada syarikat-syarikat, badan bukan kerjaan (NGO) dan persatuan-persatuan islam yang lain mahupun dalam dan luar negara bagi memeriahkan majlis ilmu tersebut dan jemputan yang hadir pada hari tersebut adalah lebih kurang 800 orang peserta. Di samping itu, program ini diadakan bertujuan untuk menyeru dan bersepakat bersama tokoh-tokoh ulama asia untuk menjadikan program tersebut salah sebuah platform dakwah yang sangat dekat dihati masyarakat dan mampu memberi pengisian rohani kepada semua dengan menggunakan landasan dan cara penyempaian yang betul.

Majlis yang berlangsung ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 6.00 petang dimulakan dengan bacaan doa dan pembuka kata dari menteri di jabatan perdana menteri Yang Berbahagia Dato’ Dr Mujahid Bin Yusof yang merupakan menteri agama di Malaysia. Beliau kemudian merasmikan Majlis Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 dengan bicara khas misinya adalah untuk memajukan agama islam dari pelbagai aspek ke serata pelosok dunia dan visi nahdah asia tenggara. Antara kata-kata dan pesanannya yang ingin saya ungkapkan disini ialah “umat islam pada hari ini perlu bersatu padu dan berganding bahu dalam menegakkan islam itu sendiri supaya islam tidak akan terus mundur disebabkan perbalahan dan ketidak sefahaman sesama sendiri.”

Sehubungan itu, program ini menekankan tentang Rahmatan Lil’Alamin kerana mesej yang disampaikan oleh tokoh-tokoh ulama tersebut supaya umat islam mampu menghidupkan sifat Ar Rahman dan Ar Rahim yakni kasih dan sayang dalam diri supaya tidak membezakan pangkat, nama mahupun hak antara satu sama lain. Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang merupakan mufti ke-7 berkata dalam ucapannya ialah “umat islam pada masa kini sedang berhadapan dengan pelbagai ujian dan antara ujian yang sedang dihadapi ialah tiada sifat rahmah dalam diri dan umat islam pada hari ini hidupnya adalah seperti buih dilautan yang jumlahnya cuma banyak, tetapi tiada kekuatan untuk bangkit hanya disebabkan tiada penyatuan dan pecah belah sesama mereka.”

5 pesanan dan dorongan Mufti Wilayah sebelum beliau mengakhiri ucapannya adalah:

  1. Masyarakat perlu menggunakan konsep penyatuan dan kasih sayang untuk membentuk pembangunan ummah yang bersatu supaya tiada yang dapat manjatuhkan islam malahan memperkecilkan taraf islam di mata dunia.
  2. Tidak sama sekali menggunakan kekerasan atau keganasan sesama manusia kerana islam tidak pernah mengajar untuk berlaku zalim dalam silaturrahimnya.
  3. Tidak perlu memecah belahkan masyarakat dalam apa sahaja isu yang berbangkit baik dari segi agama, kehidupan, politik atau apa sahaja.
  4. Menghidupkan ummah dan jemaah yang membawa kepada dorongan dan contoh yang baik di masa yang akan datang baik dari segi ilmu dan apa sahaja.
  5. Buang sifat prasangka buruk dan jangan terlalu terburu-buru dalam memahami hadith mahupun memahami manusia supaya tidak terlalu cepat untuk menghukum sesuatu perkara yang berlaku di masa yang akan datang.

Akhir sekali, pihak YADIM dan MAIWP berhasrat untuk memperbanyakkan lagi program sebegini khususnya kepada golongan muda di masa yang akan datang supaya dapat menerapkan keharmonian islam tersebut dalam diri sesiapa sahaja. Program seperti ini amat bagus sekiranya diadakan dengan lebih banyak lagi di masa hadapan kerana mampu mengubah cara berfikir seseorang dan persepsi masyarakat tentang islam.

Artikel ini ditulis oleh :
Muhammad Farid Hazim bin Fairul Hijjah
Pelajar Latihan Industri
Bakal graduan Diploma Komunikasi  

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X