Home i-Backyard Science Kepupusan Serangga Menjunam Pada Kadar Kemerosotan

Kepupusan Serangga Menjunam Pada Kadar Kemerosotan

by adminpacu
G

KEPUPUSAN SERANGGA MENJUNAM

Serangga merupakan benda hidup yang mempunyai bilangan spesis yang paling banyak. Di habitat daratan, serangga paling luas tersebar  berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam Filium Arthropod. Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di muka bumi ini. Malah didapati ada juga banyak serangga  yang berkongsi habitat  dengan manusia sama ada di dalam rumah ataupun di luar rumah. Menurut ulasan saintifik global yang pertama menyatakan bahawa serangga sedang menuju ke arah kepupusan sehingga mengancam kemusnahan ekosistem alam.


Pada kadar kemerosotan semasa, serangga boleh lenyap dalam tempoh seabad dengan berdasarkan analisis yang dibuat mendapati lebih 40% spesis serangga semakin berkurang jumlahnya sementara sepertiga lagi terancam akan pupus. Para saintis memberi amaran bahawa faktor utama kepupusan serangga  adalah berpunca daripada penggunaan racun perosak dan baja di ladang serta pelepasan sisa dari kilang dan bandar.


Selain itu juga, Akhbar Utusan Pengguna Negeri Pulau Pinang menyatakan kadar kepupusan itu pula lapan kali lebih pantas daripada mamalia, burung dan reptilia. Tambahan pula, kepupusan serangga ialah 8 kali lebih cepat berbanding unggas, mamalia dan reptilia yang terdiri daripada rama-rama, lebah, semut dan kumbang adalah spesis yang paling terjejas. Jumlah keseluruhan serangga sedang menurun kira-kira 2.5% setahun, menurut data terbaik yang ada sambil menyarankan serangga semakin pupus dalam tempoh seabad lagi.


Oleh hal yang demikian, kita perlu ingat bahawa sesetengah serangga banyak memberi manfaat kepada manusia dalam ekosistem kehidupan dan apabila kehilangannya akan menjejaskan kehidupan sejagat contohnya seperti penghasilan madu lebah. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran surah al-Nahl ayat 68-69  yang bermaksud “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.


Justeru itu juga, kepupusan serangga akan memberi kesan besar kepada burung, reptilia, amfibia dan ikan yang memakan serangga. Seterusnya menurut Francisco sanchez- Bayo dari Universiti Sydney Australia, beliau menyatakan  jika sumber makanan hidupan reptilia dan haiwan lain ini habis, haiwan tersebut akan menghadapi kebuluran hingga mati. Walau bagaimanapun, kemerosotan bilangan serangga dilaporkan berlaku di Jerman dan Puerto Rico, namun ulasan itu menegaskan ia membabitkan seluruh dunia.


Kesimpulannya, Kita sebagai manusia perlulah peka dan bertanggungjawab menjaga alam sekitar ini seperti tidak membuang sampah di merata-rata tempat, pembuangan sisa-sisa toksik kilang ke dalam sungai menyebabkan berlakunya pencemaran air sungai, dan mengurangi aktiviti pembalakan di hutan sehingga terjadinya penghakisan tanah. Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama menjaga alam sekitar dan memelihara flora dan fauna agar habitat semulajadi ini tidak semakin pupus.

Artikel ini ditulis oleh :
Siti Syahirah binti Bakar 
Pelajar Latihan Industri
Bakal graduan Ijazah sarjana muda al-Quran dan al-sunnah dengan  komunikasi 

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X