Home i-Backyard Science 422 sukarelawan membersihkan Taman Tasik Cempaka Bangi

422 sukarelawan membersihkan Taman Tasik Cempaka Bangi

by adminpacu

422 sukarelawan membersihkan Taman Tasik Cempaka Bangi

Bangi, 22 Ogos, Ahad – Sebuah program berkaitan dengan alam sekitar yang membawa tema ‘Sisih Sampai Bersih’  telah diadakan di Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi iaitu program ‘Cabaran Lestari Alam 2.0 (CALA)’ dan River Care Taman Tasik Cempaka yang telah disertai seramai 422 orang peserta dan sukarelawan.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah melalui inisiatif I-Backyard Science dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang bertujuan melestarikan kawasan sekitar Bangi terutamanya Taman Tasik Cempaka yang menjadi jantung pada Bandar Baru Bangi.

Program ini mendapat sokongan daripada ‘Geran Kecil Alam Sekitar Tahun 2019’ yang diberi oleh Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Selangor atas satu usaha memberi peluang kepada badan bukan kerajaan untuk membuat program kelestarian alam. Selain itu, kerjasama yang baik turut diberikan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Skuad Pantas MPKJ, Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Hulu Langat, KPP Mall Bangi, Indahnya Islam, Qalam Laduni dan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Program yang berlangsung di Tasik Cempaka ini bermula dari pukul 7.00 pagi sehingga pukul 11.00 pagi dimulakan dengan ucapan aluan ketua pegawai eksekutif PACU saudara Hanafi Muidnudin dan diterus kandengan perasmian daripada Yang Berbahagia Tuan Mazwan bin Johar ADUN Sungai Ramal dan berahir dengan slot penyampaian hadiah dan juga jamuan cendol beramai-ramai di Redup Rimba Taman Tasik Cempaka.

Program kolebarasi ini bertujuan mendidik masyarakat agar bersama-sama didalam menjaga kebersihan alam sekitar kerana tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Disamping itu, program ini juga berharap dapat memupuk budaya bersenam sambil mengutip sampah sebagai amalan yang mudah dan sihat selain membudayakan juga amalan mengasingkan sampah mengikut kategori sampah dan seterusnya melahirkan rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar di semua peringkat umur.

            Antara pengisian aktiviti yang ada di dalam program ini adalah aktiviti ‘Plogging Challenge’ iaitu pertandingan mengutip sampah sambil berjogging, ‘River Care’ membersihkan tasik, menanam pokok, pertandingan mewarna, tasmik al fatihah, pemeriksaan kesihatan dan booth pameran daripada pelbagai agensi.  Pemenang dinilai melalui berapa banyak sampah yang diperoleh mengikut kategori yang disertai mereka iaitu individu, berkumpulan dan keluarga.

Tujuh resolusi Cabaran Lestari Alam 2.0 dan River Care 2019 melalui kempen Jom Lestari Bersama i-Backyard Science telah dikeluarkan melalui program ini yang telah dibaca  oleh Pengasas bersama Pertubuhan i-Backyard science sendiri iaitu saudari  Siti Fatimah Hamzah semasa majlis penutup program iaitu:

1. Menjaga kelestarian alam adalah tugas kita bersama sebagai khalifah Allah

2. Budayakan amalan ” jumpa Sampah Kutip”

3. Mulakan amalan 3R -Reduce, Reuse dan Recyle walau sekecil-kecil perkara.

4. Ajak masyarakat bersama SISIH sampah buangan mengikut kategori

5. Kerjasama Kelab dan juga NGO kelestarian alam adalah perlu untuk mendidik masyarakat

6. Setiap pendidik perlulah merangka modul khusus berkaitan kelestarian alam

7. Pihak kerajaan perlu menjadi pemudah cara dan penghubung kepada semua pihak untuk bersama-sama melestarikan alam ini

Program ini juga merupakan program yang kedua bagi Kempen Jom Lestari, I-Backyard Science yang bermula pada 24 mac 2019 dahulu, dimana semua digalakkan untuk mengamal sikap cakna terhadap alam sekitar kerana tanggungjawab menjaga alam ini tanggungjawab kita bersama.

Artikel ini ditulis oleh abdul Nizam AbduL Ghafar pengarah cala 2.0 merangkap pelajar latihan industry Pusat Kecemerlangn Pendidikan Ummah PACU

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X