Home Darul Insyirah Pilih jaga mak tapi diceraikan suami selepas berhenti kerja. Emaknya dihantar ke rumah org tua kerana terpaksa.

Pilih jaga mak tapi diceraikan suami selepas berhenti kerja. Emaknya dihantar ke rumah org tua kerana terpaksa.

by adminpacu

Gambar hiasan. Sumber : Mingguan Wanita

Pilih jaga mak tapi diceraikan suami selepas berhenti kerja. Emaknya dihantar ke rumah org tua kerana terpaksa.

Foto sekadar hiasan. Saya ada cerita nak share mengenai seorang rakan guru di sekolah. Dia seorang perempuan, berkerjaya, isteri, ibu kepada 3 orang anak lelaki dan mempunyai seorang ibu yang menghidap amnesia (nyanyuk) tahap kr0nik yang sangat-sangat hebat tetapi pernah rebah disebabkan mulut2 manusia.

5 tahun bekerja di company yang sama. Bos selalu kata dia pekerja yang hebat dan terbaik. Memang kami akui dia sangat2 positive dan rajin bekerja. Tak pernah kata tak boleh dan tak berkira dalam kerja. Selalu balik lambat alasan nak elak trafik dan jimat tol.

Dia pernah bercerita yang dalam hidup rumah tangga nie kena banyak give and take. Dia kata husband dia sangat membantu.

Husband dia balik awal, amik anak dari sekolah dan rumah pengasuh, mandikan anak, masak nasi, bagi makan dan teman anak2 main atau homework sementara dia masak makanan untuk esok,buat laundry n iron baju.

Dia kata memang penat tapi happy sampai lah tiba2 perangai dia berubah 100%. Selalu sangat amik emergency leave, asal ada peluang dia balik awal. Dia dah jarang berbual atau gelak2 dengan kami. Lesson plan semua pending.

Bos pernah panggil dia masuk office dan dia dapat warning letter.. Warning letter buang kerja tapi sebelum tue kena kaunseling dulu. Ya sekolah i kadang-kadang cikgu pun kena kaunseling.

Kami tahu masalah dia pun lepas dia bergegas balik rumah sebab sofa rumah dia terbakar. Ya sofa terbakar. Dia balik tanpa inform sesiapa dan keadaan masa tue agak kecoh sebab dia tiba2 hilang. Homeroom semua cari dia sebab dia masih ada kelas. Rupa-rupanya mak dia yang nyanyuk tue sekarang di bawah jagaan dia.

Sejak kes tue dia cerita yang dia selalu sangat bergaduh dengan husband dia. Ada jewk tak kena. Dia sendiri akui sebab dia terlalu tumpukan perhatian dekat mak dia. Malam-malam dia kena tidur dalam bilik mak dia sebab mak dia jenis bangun tengah malam buat bukan-bukan.

Pernah dia bangun pagi tengok telur 2 papan semua pecah kat lantai. Dia pernah nampak cctv mak dia makan sampah dan buang beras sekampit dalam akuarium ikan kesayangan husband dia. Bayangkan setiap malam tidur tak lena lepas tue pagi kena pergi kerja,kena siapkan anak semua.

Perbincangan demi perbincangan akhirnya diorang ambil maid tapi si kakak nie kena bayar lebih. Dia pun dah penat so dia layankan jewk. Dia berhentikan anak bongsu dia dari pengasuh yelah sebab ada maid kan.

Maid tue just jaga mak dia dan anak dia sahaja. Dia masih masak macam biasa. 2 bulan kerja maid tue sangat ok tapi hubungan dia dengan husband bertambah bburuk lepas family husband dia masuk campur. Family husband dia macam hasut lah cakap yang bukan-bukan pasal mak mertua dia tue.

Dalam pada dia sangka panas sampai ke petang tiba-tiba maid dia lari. Lari dengan barang-barang berharga. Tinggalkan anak bongsu dia yang berusia 7 bulan sorang diri.

Tapi nasib baik bila maid dia kunci mak dia dalam bilik so orang tua tue tak dapat keluar. Dia tinggalkan rumah dengan pintu pagar dan pintu utama tak berkunci. Macam-macam boleh jadi. Dia call husband dia bagitaw benda nie tapi lain jadinya.

Dia mengadu pada adik beradik tapi mereka salahkan dia juga. Dia hantar resign letter 24h dengan alasan kena jaga mak dia..

Dia kata masa tue dia langsung tak fikir yang akan jadi masalah duit plak nak bayar rumah, 2 biji kereta, yuran sekolah, belanja dapur dan macam-macam hutang lain. Bila husband dia tahu dia dah berhenti kerja husband dia cerraikan dia dengan alasan dia, mak dia dan anak2 menambah beban.

Tapi bos kami baik lagipun dia memang bukan pekerja bermasalah sebelum nie. Dia amik resign letter dalam masa yang sama dia boleh datang kerja semula bila semuanya dah settle. Kira macam cuti tanpa gaji lah gitu.

Dan dia amik keputusan yang paling2 berat dalam hidup dia demi anak2 untuk teruskan hidup. Dia pilih untuk hantar mak dia ke pusat jagaan orang-orang tua. Swasta RM2800 setiap bulan kongsi dengan 4 orang adik beradik yang lain. Memang mahal tapi dia yakin itu yang terbaik untuk semua orang dan mak dia.

Dia sedar yang anak2 akan ada pelbagai tanggungjawab pada mereka nanti. Cukuplah kalau anak-anak dia buat perkara yang sama seperti dia buat dekat nenek mereka sekarang.

Dan hati dia lebih tenang sebab dia tahu mak dia dalam tangan yang baik terjaga serba serbi lengkap segala keperluan. Ubat tejaga dan pelbagai aktiviti berfaedah. Siap ada urut badan seminggu sekali.

Benda nie tak berhenti lagi sebab mak cik pakcik dia tuduh kata dia anak tak kenang budi, anak derhaka dan sebagainya. Sibuk mengumpat pasal dia dekat saudara mara lain baik yang jauh atau yang dekat semua tahu. Tapi bak kata kawan i, mereka semua hanya pandai bercakap tapi tak de siapa pun yang sanggup hulur tangan menolong.

Bagi aku kita nie dah lama sangat dimomokan dengan pelbagai drama tv yang kononya hantar ibu ayah ke rumah orang tua sebab nak lepas tangan.

Pada aku benda nie sangat lah tak benar sebab mereka bayar segala kelengkapan yang terbaik untuk ibu ayah mereka. Benda nie sama macam mak ayah yang hantar anak-anak duduk taska atau rumah pengasuh.

Kalau boleh semua orang nak jaga dan asuh anak sendiri kan tapi mereka terpaksa bekerja untuk kelangsungan hidup yang semakin mencabar sekarang nie dan aku juga pasti ibu ayah kita tak sekali2 nak menyusahkan kita.

Apa plak pendapat anda? Adakah apa yang dia buat nie sebab nak lepas tangan atau keadaan memaksa?

Jangan pernah menghukum sebab kita tak pernah tahu apa yang mereka lalui.

Antara komen netizen selepas membaca confession Anne :

Faiza Mohammad Asri –Anak yg masih mengutamakan ibu walaupun ada tanggungjawab sbg isteri, ditinggalkan suami kerana suami tak sanggup berkorban bersama isteri. Ada balasan pahala dr Allah, insya’allah. Hidup kita ni, biar mulia di sisi Allah. Bukan hanya nampak saja mulia di mata manusia.

Norizan Mohamed Daron –Moga si suami yg menceraikan isterinya tu dipanjangkan usia sehingga ke tahap menjadi seperti bekas ibu mertua nya… masa tu nak tau juga kalau ada lagi anak yg sudi pula nak menjaga si bapak yg telah meninggalkan mereka (anak2) sewaktu muda sihat bertenaga.

Nurul Haida –Sy sebenarnya sgt menyokong utk hantar org tua kat umah org tua… Bukan nak jadi anak derhaka tapi sy rasa itu adalah yg paling practikal buat masa skrg.. kalau ada yg mcm day care tu lagi bagus so pagi2 kita hantar ptg amik..

Mcm hantar anak2 kat pengasuh..kat sana makan terjaga nak beribadat senang… Diorg pun xbosan ada kawan2 blh borak tukar 2 fikiran.. kalau kat umah bayangkan mesti diorg bosan dahlah skrg nie umah mcm umah burung… Jiran pun x kenal .. kalau diorg pengsan ke kat umah siapa tahu…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Apa pula kata anda – Anne (Bukan nama sebenar).

sumber : http://sitesi.pw/2019/09/21/pilih-jaga-mak-tapi-dicraikan-suami-selepas-brhenti-krja-emaknya-dihantar-ke-rumah-org-tua-kerana-trpaksa/

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X