Home PACU Kunjung Hormat PACU & PEMBINA Sabah ke JPNS

Kunjung Hormat PACU & PEMBINA Sabah ke JPNS

by adminpacu

Kunjung Hormat PACU & PEMBINA Sabah ke JPNS

Oleh Shuib Norudin

Sabah, 6 September – Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Sabah mengadakan kunjungan ke Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Turut terlibat Saudara Muhammad Shuib Norudin, Timbalan Pengerusi PACU, Pegawai Dana & Korporat Perhubungan, Pengarah i-Backpackers bersama Pengerusi PEMBINA Sabah Saudara Sabri bin Karimin dan Timbalan Pengerusi PEMBINA Sabah Saudara Darwin.

Hasil kunjungan hormat ini Timbalan Pengaran Bahagian Sektor Pembelajaran, Tuan Haji Abidin menyokong 200 peratus inisiatif PACU di Sabah dan bersetuju penganjuran program I-Backpackers (IBP) yang akan diadakan pada bulan November ini sebagai persediaan peperiksaan kepada murid sekolah di situ.

Menarik lagi, kunjungan hormat ini memberi ruang yang baik bagi pelaksanaan kursus kepada para tenaga pengajar Raudhatul Huffaz (RH) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU) dibawah inisiatif PACU berkenaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) , Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulim Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Tambahan pula, Tuan Haji Abidin turut menyatakan persediaan beliau untuk berbincang berkenaan kerjasama projek-projek pendidikan di Sabah secara keseluruhan.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X