Kita Serumpun Nusantara Latih Anak Muda Berjiwa Global

Dari Kiri Dr Aznan Hasan, Ustaz Muhammad Hanafi Md Muinudin, Ahmad Muqawim Aznan, Ahmad Muntasir Aznan, Mohd Saflie Azwan Imam Safaat, dan Ahmad Mustaqim Aznan

Menjadi lumrah kebiasaan masuk sahaja musim Aidiladha, pasti banyak NGO, masjid surau mahupun badan kebajikan di bawah mana-mana agensi akan bersiap sedia untuk melaksanakan misi ibadah korban di negara luar.

Ekoran daripada itu, Kemboja telah menjadi kawasan sasaran untuk pelaksanaan ibadah korban ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tahun 2019, penerbangan pergi dan balik menerusi penerbangan AirAsia baru-baru ini kelihatan penuh dengan warganegara Malaysia yang berbahasa Melayu.

Darul Insyirah bersama Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) turut tidak terlepas dalam melaksanakan ibadah korban ini di sana.

Ini adalah tahun ketiga Darul Insyirah dan PACU menjayakan projek ibadah Korban Sambil Berinfaq ini di mana antara tujuannya adalah untuk mengumpul dana pembinaan Kompleks Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah selain berkongsi rasa bersama masyarakat Islam di sana.

Menariknya pada tahun ini, misi kali ini telah membawa bersama 5 anak muda untuk menunaikan hasrat besar menjejak ketamadunan alam Melayu di sana selain menyelesaikan ibadah korban dari rakyat Malaysia.

Mereka telah diketuai oleh Ustaz Muhammad Hanafi Md Muidnudin, 26 selaku Ketua Pegawai Eksekutif PACU; Lt Muda Ust Mohd Saflie Azwan Imam Safaat, 24; Ahmad Muntasir Aznan, 18; Ahmad Mustaqim Aznan, 16, Ahmad Muqawwim Aznan, 14. Turut bersama adalah bapa mereka, Dr Aznan Hasan.

Ustaz Muhammad Hanafi Md Muidnudin,
Ketua Pegawai Eksekutif PACU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Menu