fbpx
Home PACU Belum terlambat untuk berubah

Belum terlambat untuk berubah

by adminpacu

Belum terlambat untuk berubah

Sekarang ini, bila buka tweeter, drama #sweetdreams menjadi hot trends anak muda dan ramai belia muda remaja tweet tentang drama ini yang saya kira telah membuai dan mencairkan hati mereka dengan dialog-dialog seperti ini,
‘i can’t stop smiling’
‘So sweet this couple’
‘This make me crazy’
‘Hi actor ……(korean)’

Pemudi yang Allah sayang,
Bila kita menghayati cinta Allah, mentaati Allah sebaiknya dan mengetahui perkara-perkara yang Allah sayang, kita akan sedar ia adalah lagha.
Perkara lagha(lalai) membuatkan kita jauh dengan cinta Allah, jauh dengan hidayah dan jauh dengan tarbiah.


Lalu, apa akan terjadi apabila jauh dengan cinta Allah, hidayah dan petunjuk, hati akan terpaut pada manusia, terlalu memuji dan mengagungkan manusia melebihi Allah. Kesannya solat tidak khusyuk dan tiada lagi doa sehingga mengalir air mata.
Malah lihat juga, batas pergaulan perempuan dan lelaki juga tidak mengikut syariat sehingga berlaku cinta sebelum kahwin dikenali sebagai couple’ atau ‘ikhtilat’.


Apabila jauh dengan tarbiah, lihat sahaja remaja perempuan tiada lagi sifat malu dengan menyatakan kegilaan suka dan cinta di media sosial kepada lelaki yang bukan mahram.
Bagaimana pula dengan akhlak dan ibadah?
Solat, adab dengan ibu bapa, bacaan Al-Quran, zikir?
Kerana ibadah yang shahih itu menghapuskan segala dosa dan meninggalkan perkara lagha. Lebih mendekatkan cinta kepada Allah, lebih melakukan perkara yang Allah sayang, serta meninggalkan perkara yang Allah benci.

Belum terlambat untuk berubah. Semoga pesanan ini Allah buka hati semua untuk mencari amalan yang mendekatkan diri kepada Allah serta meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat.

Firman ALLAH s.w.t : “Sungguh beruntung orang-orang yang beriman , (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna
(al-Mu’minun :1-3)
Semoga Allah cinta dan sayang dengan setiap amal perbuatan kita.

#TolakHedonisme
#TolakHiburanYangMelalaikan
#DramaCintaMenjauhkanDiriPadaAllah
#JadiPemudaPemudiYangBermanfaat

Oleh, Muyassarah Azharjawatan
JK Pembangunan Sumber Manusia Pembina Johor Bahru

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah atau pacuummah.com.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X