fbpx
Home PACU MyCSOEP

MyCSOEP

by adminpacu

MyCSOEP

Pada 5hb – 6hb Ogos telah berlansung program Malaysia Civil Society Organisation Empowerment Programme (MySCOEP) di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Program ini telah dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKNM) dan Philandure Sdn. Bhd. Program telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Junaidah Kamarruddin, Ketua Setiausaha KPWKM bersama YBhg Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif YKNM.

Objektif utama program ini adalah untuk membantu dalam pemerkasaan NGO-NGO di Malaysia. Pelbagai slot telah disediakan antaranya ialah SDG and Social Currency for Social Impact, Good governance for CSO: Managing Risk and Liability, Islamic Social Finance and Fundraising via Crowdfunding. PACU telah diwakili oleh Ketua Pengawai Eksekutif, Ustaz Hanafi Muidnudin, Pengurus Perhubungan Awam dan Dana, Muhammad Shuib Norudin, Pengurus Media, Norsyahidda Bakry dan sukarelawan, Hilmi Rosli dan Nurhanisah Binti Japril


Laporan oleh;
Hilmi Rosli

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X