Home PACU Tips hafaz Quran

Tips hafaz Quran

by adminpacu

Tips hafaz Al-Quran

Al-Quran merupakan kalam Allah yang mampu memberi syafaat buat setiap insan yang membaca dan mengambil manfaat darinya. Malah Al-Quran mampu memberi beribu kebaikan buat mereka yang menghafal dan mengamalkannya baik didunia mahupun diakhirat.

Maka umat islam ketika ini bukan sahaja digalakkan untuk membaca Al-Quran,bahkan kita juga amat digalakkan untuk berusaha menghafalnya. Pelbagai cara dan tips untuk menghafal Al-Quran yang boleh kita ikuti.

Antaranya, bagi permulaan untuk menghafal Al-Quran,kita perlu terlebih dahulu memperbetulkan niat. Niatkan setiap hafalan kita itu semata-mata kerana Allah.

Yang kedua,apabila sudah memasang niat,maka kita perlulah memulakan hafalan dengan sesegera yang mungkin. Jangan pernah menangguh dan berniat untuk menundanya.

Tetapkan masa yang sesuai sekurang-kurang 1 jam ke 30 minit sebagai waktu untuk meluangkan masa bersama Al-Quran.

Setiap kali menghafal Al-Quran,maka gunakanlah mushaf Al-Quran yang sama agar mata kita menjadi terbiasa dengan tulisan dan corak hiasan yang sama.

Seterusnya, diwajibkan juga untuk kita mendengar kembali ayat-ayat Al-Quran yang sedang dihafal bagi menguatkan hafalan.

Untuk memudahkan hafalan,kita juga boleh membahagikan satu halaman kepada tiga atau dua bahagian.Ini bergantung kepada berapa mudah untuk menghafal halaman tersebut. Hafal bahagian pertama sebelum meneruskan ke bahagian seterusnya. Elakkan pergi ke muka hadapan sebelum anda dapati hafalan tersebut tersimpan rapi dalam ingatan.

Lebih memudahkan, jika anda memahami setiap ayat yang dibaca. Cuba perhatikan makna setiap perkataan ketika proses anda menghafal Al-Quran.

Anda juga perlu memberikan fokus dan perhatian yang sepenuhnya ketika membaca Al-Quran. Jangan tergopoh-gopoh ketika hendak menghafalnya.Lancarkan ayat demi ayat dan kemudian cuba membayangkan makna ayat tersebut.

Letakkan target hafalan bilangan ayat atau muka surat yang ingin dihabiskan dalam satu tempoh masa yang terdekat dan dalam tempoh dan jangka masa yang panjang.

Jangan berputus asa sekiranya tidak mencapai target. Teruskan menghafal dan mencabar diri sehingga berjaya.

Jaga pemakanan.Perbanyakkan memakan kurma dan kismis.Selain itu,elakkan memakan organ-organ dalaman.Selain itu,anda juga amat digalakkan untuk memperbanyakkan amalan sunat dan mengulangi hafalan ketika didalam solat dan pada waktu-waktu yang terluang.Carilah kawan yang dapat membantu memperbetulkan bacaan dan mampu menaikkan semangat anda untuk menghabiskan hafalan.

Ditulis oleh Najwatul Syuhada binti Basri yang merupakan Pelajar latihan Industri Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU)

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X