Home PACU Panglima Awang : antara realiti atau ilusi?

Panglima Awang : antara realiti atau ilusi?

by adminpacu
Sumber gambar : BH Online

Panglima Awang : antara realiti atau ilusi

Orangnya hitam manis, bersusuk tubuh sederhana persis orang Melayu biasa. Namun, kehandalan dan kebijaksaan beliau dalam menakluki laut membuatkan beliau berharga.

Kisah yang mengisahkan Panglima Awang Hitam dilahirkan di kawasan lautan membuatkan ilmu kelautan menjadi darah dagingnya. Kupasan daripada program yang dianjurkan oleh pihak Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia ini berjaya mendapat tempat dan membahaskan ilmu seorang tokoh ini melalui panel-panel yang hebat.

Persoalanya, wujudkah Panglima Awang Hitam ini setaraf dengan Hikayat Hang Tuah?

Masakkan tidak ceritera Hang Tuah pun masih menjadi perdebatan sejarawan dan ahli-ahli ilmu di seantero Asia. Panglima Awang Hitam dikatakan hanya hikayat seni penulis terkemuka Harun Ar Rasyid yang mengambarkan kehebatan Panglima Awang yang merupakan manusia pertama membelah dunia melalui jalan samudera.

Namun, terdapat sejarawan yang membahaskan Panglima Awang akan kehebatan dan kewujudannya kerana berpendapat penulis Harun Ar Rasyid menyatakan kekaguman tanpa mempunyai bukti yang kukuh serta penuh dengan tokok tambah sastera fiksyen.

Profesor Madya Dr Shaiful Bahri Md Radzi pensyrah Universiti Kebangsaan Malaysia, menyatakan bahawa terdapat beberapa keratan akhbar yang menjadi rujukan penulis Harun Ar Rasyid ketika itu. Walaubagaimanapun, menambahan cerita dari sudut sastera memang berlaku kerana beliau merupakan orang sastera tetapi watak dan latar geografinya masih sama.

Menurut Dr Suryadi pensyarah dari Leiden University, The Netherlands yang merupakan pengkaji sejarah Melayu di universiti tersebut menyifatkan Panglima Awang Hitam ini wujud namun nama asalnya masih tidak diketahui.

Gelaran Panglima di berikan kerana  beliau merupakan seorang pejuang alam Melayu di lautan serta pejuang dalam menjadi penterjemah dan pengawal peribadi orang kenamaan. Dr Suryadi yang berasal dari Indonesia mempunyai sudut pandang tersendiri dari Sumatera berkaitan Panglima namun semua kenyataan berkaitan masih tidak bercanggah seratus peratus.

Latar belakang sejarah pada tahun 1511 dan sudut geografinya latar negeri Melaka menguatkan tempat asal Panglima Awang Hitam. Menurut Profesor Emeritus Dato Dr Wan Hashim Wan Teh membawa arus sejarah cerita panglima ke persada seni lakonan. Beliau mementaskan dalam bentuk teater yang menampilkan pelakon yang terkenal termasuklah Allahyarham Jin Samsuddin dan Raja Azura sebagai pelakon penting di pentas.

Pelbagai pendapat digarap dan masih belum bertemu titiknya, dari mana datangnya Panglima Awang Hitam dan apakah benar sumbangannya?

Konklusinya, bukan soal dari mana asalnya beliau, namun kewujudan beliau bukanlah untuk disangkal lagi. Lebih banyak perkongsian ilmu harus disatukan melalui perbahasan-perbahsan yang akan datang.

Pelbagai lagi kajian harus dilakukan terutama mengenai ilmu di alam Melayu termasuklah tokoh-tokoh yang penting namun kurang diketengahkan ini termasuklah Tun Fatimah.

Kitalah anak Melayu yang harus membongkar rahsia Alam Melayu ini agar jasa dan sumbangan para tokoh terpelihara. Di samping itu, amat penting untuk pihak yang terlibat menerapkan informasi mengenai tokoh-tokoh ini bermula dari sekolah-sekolah, universiti dan masyrakat umumnya.

Ditulis oleh Atikah Balqis Bt Abd Rahman yang merupakan Pegawai Operasi i-Backyard Science Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU)

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X