Home PACU Tiada janji penempatan bagi graduan baru ?

Tiada janji penempatan bagi graduan baru ?

by adminpacu

Tiada Janji Penempatan Bagi Graduan Baru ?

(Gambar Bernama)

“Kita tidak ada dasar menjamin semua graduan UA diserap sebagai guru. Tiada janji ini daripada kerajaan dan ini bukan perkara baharu, tetapi sejak zaman Barisan Nasional (BN) lagi.

“Apabila masuk UA, graduan sepatutnya dimaklumkan mengenai perkara ini (tiada jaminan diserap) kerana pengisian tertakluk kepada kelulusan JPA, lulus ujian psikometrik serta temuduga dan bergantung pada subjek mereka,” kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Berdasarkan dua ucapan yang di ucapkan yang di ambil di harian metro rabu 25 Julai 2018, Yb Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching. Saya mempunyai pendapat yang bercanggah dengan beliau. Beliau sepatutnya memandang hal ini sebagai suatu isu yang patut diselesaikan dan bukan mencari pihak lain untuk dipersalahkan.

Saya sebagai wakil graduan pendidikan melihat perkara ini perlu diselesaikan. Jika dilihat angka 6516 pelajar pendidikan yang masih belum mendapat penempatan adalah suatu angka yang agak tinggi.

Saya melihat dari skop untuk mendapatkan pekerjaan. Tidak banyak syarikat mengambil pekerja yang mempunyai ‘pendidikan’ pada sijil ijazah mereka. Mereka lebih cenderung untuk mengambil graduan yang sedia mempunyai pengkhususan yang diperlukan.

Jika kita lihat dari segi kemahiran, pasaran kerja lebih memerlukan kemahiran yang khusus. Jika graduan tersebut menamatkan ijazah mereka dengan pendidikan moral atau sejarah misalnya, skop pekerjaan adalah semakin kecil dan persiangan juga semakin sukar. Kesannya , pembaziran tenaga mahir turut terjadi.

Saya juga tidak menyokong dengan kenaikan tempoh pencen guru. Perkara ini menjadi antara punca tiada penempatan bagi guru baru. Bagi saya, perkara ini perlu dikaji lagi agar kesannya tidak ditempiaskan kepada lepasan graduan bidang perguruan.

Kesimpulannya bagaimana kerajaan atau kementerian dapat membantu para graduan pendidikan khususnya berupaya mendapatkan penempatan mengajar di sekolah? Saban tahun pelajar pendidikan semakin bertambah, bahkan kemahiran yang tidak digunakan akan menjadi semakin tumpul dek kerana tiada peluang dan ruang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Saya barharap Isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik yang mungkin.

Ditulis oleh Muhamad Nashir Bin Khairudin  yang merupakan Pegawai Pemasaran Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU)

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X