Home Darul Insyirah Segera bersedia hadapi ‘Negara Tua 2030’

Segera bersedia hadapi ‘Negara Tua 2030’

by adminpacu

Segera bersedia hadapi ‘Negara Tua 2030’

Puan Asral Widad di press conference di Persidangan Industri Warga Emas Kebangsaan, USIM

Dalam insiden yang berlaku di salah sebuah pusat jagaan warga emas di Seremban baru-baru ini, saya ingin menyarankan masyarakat dan media untuk memberi ruang pada polis untuk menjalankan siasatan. [1]

Dalam masa yang sama saya ingin menyeru dan mengingatkan agar masyarakat mengelakkan untuk mengeluarkan sebarang spekulasi atau bertindak menghukum terlebih dahulu sebelum kes diputuskan oleh pihak berautoriti. [2]

Pada hakikatnya, kita semua kena terima negara kita kian menuju Negara Tua dimana 15% penduduk terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Ianya akan berjumlah dalam jutaan orang. [3]

Garis Panduan Patuh Shariah kepada para pengendali wargaemas Muslim haruslah dirangka sebagai panduan.

‘Elderly Protection Act’ perlu dibincangkan didraf dan digubal bersama dengan semua pemegang taruh yang berkaitan dengan pengendalian wargaemas.

Tinggal 11 tahun sahaja lagi yang berbaki untuk kita bersama melakar dan mencorakkan ‘Aging Nation’ yang proaktif dinamik dan patuh shariah dalam segala segi terutamanya dari sudut pengendalian hal-hal berkaitan wargaemas yang melibatkan pelbagai agensi serta pelbagai lapisan masyarakat.

Kejadian-kejadian yang tular ini yang belum tentu kebenarannya adalah umpama ‘bom jangka’ yang bakal meletus bila-bila masa sekiranya kita masih alpa dalam merangka dan memperincikan gerakerja ke arah mencorakkan ‘Aging Nation 2030’ mengikut sosio budaya kita sebagai negara Islam.

Saya menyeru agar semua lapisan masyarakat dalam pelbagai bidang mengambil cakna akan isu ini serta memposisikan peranan masing-masing dalam kita memastikan Malaysia Menuju Negara Tua 2030 menjadi negara yang disegani dunia.

Ikuti perbincangan saya berkenaan ‘Warga Emas Bukan untuk Didera’ di TV Utusan di pautan berikut: http://bit.ly/2WUGXZx

Ditulis oleh Hajah Asral Widad Bt Ahmad Asnawi yang merupakan Pengasas dan Pengerusi Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah

Rujukan:

[1] http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/penghuni-pusat-jagaan-warga-emas-didera-1.919528

[2] https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/06/18/residents-forced-to-drink-urine-and-given-overdose-meds-authorities-probe-claims-at-seremban/#ehc5vKIKlKDhmzP4.99

[3] http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-jadi-negara-tua-2030-1.498831TelegramWhatsAppFacebookTwitterShare

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X