Home i-Backyard Science Lambakan ubat-ubatan haram di Kota Raya

Lambakan ubat-ubatan haram di Kota Raya

by adminpacu

Lambakan ubat-ubatan haram di Kota Raya

Iklan ubat-ubat haram sudah menjadi suatu kebiasaan terpampang di tepi- tepi jalan seperti tiada noktah.

Harian metro bertarikh 24 Julai 2019 melaporkan ubat-ubatan haram masuk ke kedai-kedai runcit warga China tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Mereka semakin berani beroperasi menjual ubat-ubatan ini di ibu kota berdasarkan hasil serbuan besar-besaran melalui Ops Sifu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ubat-ubatan ini mempunyai bahan terlarang yang tidak mematuhi piawaian dos yang ditetapkan dikatakan datang dari Tanah Besar China. Racun juga dikesan di dalam ubat ubatan ini juga kebanyakanya telah termaktub dalam racun berjadual mengikut Akta Racun 1952.

Semakin ramai yang terpengaruh menggunakan ubat-ubatan haram disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap informasi terhadap isu ini.

Berdasarkan kajian Kebangsaan Penggunaan Ubat yang dijalankan pada 2008 mendapati, 44.4 peratus rakyat Malaysia kurang memahami penggunaan ubat yang betul. Walau bagaimanapun, pada tahun 2015 didapati peningkatan kefahaman meningkat sebanyak 37 peratus daripada sebelumnya.

Rakyat tempatan yang berpendapatan rendah dijadikan sebagai sleeping partner atau rakan niaga tidak aktif sebagai pengedar dan bertujuan mempengaruhi orang tempatan.

Menurut Dr Ramli Zainal menerusi ruangan Harian Metro pada bulan Februari, cabaran utama yang berlaku adalah apabila masyarakaat terlalu ghairah untuk terampil cantik dan kuat dalam tempoh yang singkat. Oleh sebab itu, produk ini agak sukar dibendung dan semakin mendapat permintaan yang tinggi.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengesan kesan sampingan jika tersalah memilih ubat:

  • Tanda-tanda seperti sakit kepala, loya, berpeluh, tampak pucat atau lemah haruslah diambil berat setelah mengambil ubat-ubatan
  • Hipoglisemia contohnya kan berlakujika pesakit kurang gula dalam darah.
  • Ubat seperti ubat cair darah dan ubat-ubatan berkaitan mental harus dipantau untuk elakkan masalah sampingan seperti bengkak air dan kecelaruan minda
  • Terasa pedih setelah memakannya dan alergi terhadap kulit dan di anggota tubuh yang lain.

Pada pandangan saya, pihak berkuasa terutama pihak Kastam dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) harus merancakkan lagi usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya ubat-ubatan haram.

Di samping itu, kawalan terhadap keluar masuk ubat-ubatan di sempadan dari lautan dan daratan haruslah diperketatkan agar masalah ini dapat dibendung.

Masyarakat juga digalakkan untuk terus cakna akan kepentingan pengetahuan tentang ubat-ubatan serta tidak mudah terpengaruh dengan media yang sering mempamirkan model-model yang sedia cantik tanpa memikirkan kesihatan diri  sendiri.

Dinasihatkan agar setiap lapisan masyarakat mengambil langkah berhati-hati untuk terus peka agar tidak mudah ditipu.

Ditulis oleh Atikah Balqis Bt Abd Rahman yang merupakan Pegawai Operasi i-Backyard Science Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU)

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X