Home Darul Insyirah Bengkel penulisan rakyat latih PACU untuk terus menulis

Bengkel penulisan rakyat latih PACU untuk terus menulis

by adminpacu
Bengkel penulisan rakyat oleh Langit Negara pada 24 Julai 2019

Bengkel penulisan isu rakyat yang dibawakan oleh IDRIS Association sedikit sebanyak memberi ruang yang baik untuk para peserta yang hadir.

Apa yang menariknya ialah ianya dimulai dengan sesi perkongsian ringkas oleh penganjur program yang menekankan tentang peri penting penulisan yang mampu memberi perubahan pada segenap lapisan masyarakat hanya melalui mesej yang ditulis.

Tidak cuma itu, kesedaran dan semangat turut disuntik untuk menegenalpasti matlamat jelas dalam diri setiap penulis.

Tuan Ismail Hashim, pensyarah komunikasi di Unisel yang berpengalaman hampir puluh tahun dalam bidang penulisan juga mengatakan tentang sewajarnya seorang penulis itu mempunyai school of thought atau falsafah yang betul untuk menulis.

Saranan ini mengingatkan saya berkenaan ‘kerangka’ atau prinsip yang wajib dipegang bagi mempengaruhi bentuk mesej yang ingin disampaikan.

Kandungan mesej perlulah bertepatan dengan sasaran pembaca, memulakan aktiviti menulis mengikut bidang yang diminati, melakukan pemerhatian terhadap sekeliling, ‘turun padang’ atau bertemu dengan sasaran pembaca, adalah antara tips pembelajaran yang menarik untuk dikongsi.

Kata Tuan Ismail Hashim, “Orang yang tidak membaca tidak akan menulis” dan “Perubahan hanya akan berlaku kepada orang yang lapar dan merasai kelaparan orang lain”

Semoga kita menjadikan kunci ‘deeper in thought, deeper in knowledge’ sebagai pembuka potensi diri untuk menjadi lebih ke hadapan dalam penulisan yang berimpak tinggi serta memberi kesan kepada yang membaca.

Nurul Afiqah Abd Kadir,
Bacelor Sains Politik, UIA,
Sukarelawan PACU.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X