Home i-Backyard Science Gula-gula berasap budaya baharu?

Gula-gula berasap budaya baharu?

by adminpacu

Gula-gula berasap budaya baharu?

Oleh Siti Fatimah Hamzah

Rakyat digemparkan dengan isu tular di media sosial berkenaan sebuah video berdurasi 53 saat yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak di Pekan Papar, Sabah menghisap gula-gula itu dengan penuh bangganya.

Anak-anak ini terlatih merasa “feel good” di dalam memperasapkan mulut mereka di atas nama makan gula-gula. Penjualan gula-gula yang berhaga 50 sen yang berjenama Ghost Smoke Cool Fruit Powder yang berharga 50 sen ini juga telah mula merebak ke Negeri Kelantan.

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) memandang serius terhadap perlakuan kanak-kanak yang menghembuskan asap secara terang-terangan ini dan juga lambakan gula-gula Ghost Smoke yang dapat diperolehi dengan harga yang murah dan mudah ini yang amat dikhuatiri boleh mendorong kanak-kanak terdedah kepada tabiat merokok pada usia muda. 

Dengan kadar perokok dalam kalangan pelajar sekolah yang tinggi iaitu 68 321 orang pelajar pada tahun 2018, PACU tidak mahu melihat jumlah ini terus dan terus meningkat pada tahun-tahun yang mendatang disebabkan oleh kecuaian kita membasmi perkara ini pada peringkat awalnya.

PACU menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil keatas penjual mahupun pembekal Ghost Smoke ini dan membasmi kegiatan penjualannya sehingga keakar umbi. Hal ini kerana tidak mustahil budaya merokok dan akhirnya menjurus kepada ketagihan gam dan juga dadah akan bertambah jika perbuatan memakan Ghost Smoke ini tidak dihentikan segera.

PACU amat menyokong tindakan Timbalan Pedana Menteri, Dato Seri Wan Azizah Wan ismail yang mahukan penjualan Ghost Smoke ini dihentikan segera dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan yang telah mula menjalankan pemeriksaan dan telah merampas 40 unit gula-gula tersebut di Bandar Kota Bahru semalam.

PACU juga menyeru agar semua pihak termasuk pihak ibu bapa, pihak berkuasa, barisan pendidik dan masyarakat secara khususnya memandang isu ini dengan serius dan mengambil tindakan untuk membantu memantau anak –anak selain memberi pendidikan terhadap budaya yang tidak sihat ini yang mana jika tidak ditangani ia akan mejadi satu budaya merokok yang baharu.

Ends.

Penulis adalah Ketua Pegawai Operasi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) yang berpusat di Bangi

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X