Home PACU Program Undang-Undang Syariah Negeri Selangor 2019

Program Undang-Undang Syariah Negeri Selangor 2019

by adminpacu

Program Undang-Undang Syariah Negeri Selangor 2019

Dari kiri, Cik Musalmah Muchlis, Pegawai Projek Tuisyen Ummah, Puan Norasikin Nordin, Pegawai Raudhatul Huffaz dan Najwatul Syuhada binti Basri, pelajar latihan Industri PACU

Seramai 3 orang wakil PACU bersama 98 NGO Islam menyertai Taklimat Undang-undang Syariah Negeri Selangor 2019 anjuran Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan,JAIS yang bertempat di UITM Sg Buloh Selangor pada 16 Julai 2019.

Program ini memberi pendedahan berkaitan undang-undang jenayah syariah di Negeri Selangor termasuklah bahayanya doktrinisasi, dakyah dan penyelewengan akidah kepada agama, umat Islam dan negara.

Turut hadir adalah Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan, jabatan Agama Islam Selangor, Tuan Mohd Hidayat bin Abd Rani, Tuan Sharom Bin Maarof, penolong Pengarah,Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor, Tuan Syed Mohd Norhisyam, Tuan Shafrzan bin Rusli, Pendakwah Syarie di Jabatan pendakwah Syarie Negeri Selangor.

PACU melihat program ini adalah satu medan yang baik sebagai medan menjalinkan hubungan kerjasama dengan NGO-I berdaftar bersama Majlis Agama Islam Selangor dan Biro Amar Makruf Nahi Mungkar Masjid di Negeri Selangor untuk menangani isu isu jenayah syariah khususnya dinegeri Selangor.

PACU mengucapkan tahniah dna terima kasih di atas penganjuran yang mendatangkan manfaat besar khususnya buat umat Islam dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Najwatul Syuhada binti Basri,
Pelajar Latihan Industri PACU.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X