Home Uncategorized Darul Insyirah hadir ke seminar cabaran utama kependudukan di Malaysia

Darul Insyirah hadir ke seminar cabaran utama kependudukan di Malaysia

by adminpacu

Darul Insyirah hadir ke seminar cabaran utama kependudukan di Malaysia

K. Lumpur, 11 Julai – Seminar Cabaran Utama Kependudukan di Malaysia dengan kerjasama Unit Kajian kependudukan, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, dan United Population Fund (UNFPA) telah diadakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara.


Darul Insyirah (DI) menjadi antara peserta yang menghadiri seminar ini antaranya Cik Siti Aisyah binti Sulaiman, COOII PACU juga merangkap Pengurus Darul Insyirah ; Saudari Khairatul Arifah Binti Ahmad Noh dan Abdul Nizam bin Abd Gapar pelajar latihan industri PACU.

Seminar bersempena dengan sambutan Hari Penduduk Sedunia 2019 ini bertemakan “25 Years of The ICPD: Accelerating The Promise” diadakan di Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM).

Seminar yang dirasmikan oleh YB Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, turut melancarkan penerbitan sebuah buku Analisis Situasi Kependudukan Dan Kekeluargaan di Malaysia yang mengandungi hasil penilaian semula trend kependudukan pada masa kini dan pada masa akan datang, serta cadangan kepada kerajaan dalam menangani isu-isu kependudukan dan kekeluargaan di Malaysia.


Dalam pada itu, terdapat 4 isu utama diulas iaitu dividen demografi, mengarus perdanakan TVET, cabaran kesihatan reproduktif, dan persiapan negara ke arah negara menua pada tahun 2030.

Penyertaan Darul Insyirah ke seminar ini turut bertujuan sebagai langkah persiapan dalam menyiapkan Negara Tua menjelang tahun 2030.

Laporan oleh,
Abdul Nizam bin Abd Gapar
Pelajar Latihan Industri,
Usuludin dan Falsafah, UKM.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X