Home Darul Insyirah Rimba Ria Damansara | Perkongsian Disebalik 114 Nama-nama Surah

Rimba Ria Damansara | Perkongsian Disebalik 114 Nama-nama Surah

by adminpacu

Rimba Ria Damansara| Perkongsian Disebalik 114 Nama-nama Surah

Antara tetamu yang turut hadir di Rimba Ria Damansara

ISNIN, 8 Julai 2019 – Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) telah dijemput ke rumah Datin Diana di Kota Damansara. Jemputan ini memberi ruang kepada PACU untuk berkongsi “Disebalik 114 nama-nama surah” dan memperkenalkan program Korban sambil berinfaq.

Perkongsian ini bermula seawal jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Perkongsian yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hanafi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Editor adalah initipati daripada Buku terbitan PACU Publishing “Disebalik 114 nama-nama surah” mendapat sambutan yang baik oleh para tetamu yang hadir. Beliau juga turut mempromosikan kempen korban sambil berinfaq kepada tabung pembangunan Kompleks Darul Insyirah.

” Apa yang menariknya perkongsian yang diadakan semalam,saya melihat semangat tinggi hadirin yang hadir, mereka berusia dan mereka ada semangat menuntut ilmu jadi bukanlah alasan kita yang muda untuk tidak terus belajar” Kata Muhammad Hanafi.

Oleh,
Mohd saflie azwan bin imam safaat
Pegawai Pemasaran Darul Insyirah

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X