Home Darul Insyirah Darul Inysirah dan PACU ke SUHAKAM – Regional dialogue on UNCAT

Darul Inysirah dan PACU ke SUHAKAM – Regional dialogue on UNCAT

by adminpacu

DARUL INSYIRAH DAN PACU KE SUHAKAM | REGIONAL DIALOGUE ON UNCAT

Sdri Siti Aishyah Sulaiman, pengurus Darul Insyirah bersama Sdri Nurul Afiqah Binti Abd Kadir dalam sesi pembentangan program anjuran SUHAKAM pada 8 Julai 2019

KUALA LUMPUR, 8 Julai 2019 – Darul Insyirah telah menyertai program anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang bertajuk “Regional dialogue on Malaysia’s accession to the United Nation on Convention Against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment” yang telah diadakan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

Dialog tersebut turut melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan, institusi agama, dan badan bukan kerajaan. Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Darul Insyirah telah diwakili oleh Puan Hajjah Asral Widad Ahmad Asnawi, Cik Siti Aiyshah Sulaiman, Cik Nurul Afiqah Abd Kadir, Cik Najwatul Syuhada Basri dan En. Hilmi Rosli.

Intipati program ini banyak memberi informasi umum mengenai Konvensyen Menentang Penyeksaan (UNCAT) dan turut disertai dengan contoh-contoh implementasi oleh negara lain yang sudah mendatangani ratifikasi perjanjian ini.

Dalam ucapan perasmian oleh YB Mohamed Hanipa Maidin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) menegaskan bahawa proses ratifikasi ini perlu mengambil kira konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan kebudayaan.

Oleh,
Nurul Afiqah Binti Abd Kadir,
Sukarelawan PACU.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X