Home Raudhatul Huffaz Pendidikan awal kanak-kanak bukan daripada gadjet !

Pendidikan awal kanak-kanak bukan daripada gadjet !

by adminpacu


Kredit gambar : https://www.magiccrate.in/blog/parenting-tips-toddler/break-your-childs-gadget-addiction/

Dimusim perayaan aidilfitri ini, cuba lihat sekeliling kita, sama ada kita menjadi tetamu, kita menjadi tuan rumah, kita pergi ke kedai atau supermarket atau kita dimana-mana sahaja kita akan melihat satu fonemena manusia bersama gadjetnya terutama ‘handphone’. Pergilah mana-mana sekalipun pastinya telefon ini tidak akan lekang daripada tangan. Telefon ini seolah-olah menjadi satu kemestian dalam kehidupan. Tidak boleh berenggang walaupun seketika sehinggakan orang-orang disekeliling kita terabai dan tidak terlayan. Anak-anak yang melihat keadaan ini akan sentiasa tertanya-tanya ada apakah dalam kotak gadjet tersebut sehinggakan ibu ayah dan orang-orang disekeliling mereka terlalu ‘taksud’ dengan kotak tersebut. Anak-anak akan mula mencapainya dan akan mula meneroka untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ‘kotak’ kecil ini.

Ada juga ibu ayah dan penjaga menggunakan bantuan gadjet ini untuk memudahkan pantauan anak-anak atau menghalang mereka meneroka atau untuk mengawal mereka sehinggakan masa bersama yang sedikit bertambah sedikit sebelum gadjet ini menjadi ‘ibu bapa’ yang mendidik anak- anak ini. Tetapi, ramai yang tidak sedar langkah yang mudah diambil oleh ibu ayah untuk mengajar anak mengenal nombor dan huruf ini rupanya merupakan jurang yang telah dibina khas untuk membantutkan pertumbuhan otak anak-anak selain membataskan perkembangan skil kehidupan anak-anak. Menurut kajian, anak-anak di bawah umur 2 tahun yang di biarkan menonton rancangan di TV ataupun di ipad atau telefon akan mengalami kesan negatif yang lama pada perkembangan bahasa, skil membaca dan ingatan memori jangka pendek mereka. Kesan menonton TV ataupun bermain gadjet yang berskrin pada 2 tahun pertama juga akan mengganggu tidur dan tumpuan anak-anak apabila mereka meningkat dewasa. Terlalu banyak kesan buruk gadjet pada anak-anak selain mencederekan emosi dan menaikkan genjala ‘tantrum anak-anak. Satu lagi kajian di Malaysia yang ada dilaporkan dalam sebuah mesyuarat ECCE Council baru-baru ini menyatakan bahawa 10 tahun dahulu, kadar masa fokus bagi pelajar di dalam kelas adalah 13 minit. Hari ini, kadar masa fokus telahpun jatuh pada hanya 4 saat. Ramai guru yang mengadu tentang permasalahan mengawal anak murid dalam kelas, dan inilah antara puncanya; terlalu banyak didedahkan dengan pelbagai jenis gajet, tanpa pengawalan yang serius.

Satu soalan yang perlu ditanya kedalam diri kita dalam kedalam diri setiap yang bergelar ibu bapa, adakah kita telah melaksanakan amanah sebaiknya? Anak-anak adalah amanah Allah yang tidak ternilai. Mengapa kita mengambil jalan mudah untuk menguruskannya? Kita sibuk, kita tiada masa, tak sempat, pelbagai alasan akan timbul, tetapi semua ini bukanlah satu pembuka jalan untuk kita biarkan gadjet yang mendidik anak-anak kita. Kita dah hantar ke sekolah, biarlah sekolah dan taska mendidik mereka, cikgu buat apa disekolah jika tidak melaksanakan tugas mereka? Lemparan alasan yang senang dan mudah. Tugas mendidik ini adalah tugas kita bersama lebih-lebih lagi untuk ibu ayah. ibu ayah adalah sekolah pertama anak-anak.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
“Setiap bayi yang dilahirkan adalah suci fitrahnya. Ibubapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani mahupun Majusi.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini membawa maksud anak-anak yang dilahirkan ke dunia ini tidak tahu apa-apa, bahkan mereka juga tidak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Oleh itu, ibu bapalah yangbertanggungjawab untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka. Hadis Rasulullah SAW jelas sekali menegaskan bahawa ibu bapa adalah asas dalam menentukan dasar pembinaan akhlak dan sahsiah anak-anak. Biarlah anak- anak mengenali Allah daripada bibir kita, mengenali dunia dengan didikan kita semoga anak-anak kita tahu tujuan penciptaan mereka didunia ini adalah sebagai khalifah dan hamba Allah yang bila-bila masa akan kembali kepadanya. Pikullah amanah ini sebaikknya dan jangan biarkan pendidikan awal anak-anak kita daripada gadjet semata-mata!

Siti Fatimah Hamzah
COO PACU

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X