fbpx
Home Darul Insyirah Isu Penderaan Warga Emas Seremban : Beri ruang elak spekulasi

Isu Penderaan Warga Emas Seremban : Beri ruang elak spekulasi

by adminpacu

Puan Asral Widad Ahmad Asnawi di Persidangan Industri Warga Emas Kebangsaan , di USIM

Berhubung dengan kes di rumah jagaan wargaemas Seremban, saya Hajah Asral Widad Bt Ahmad Asnawi selaku pengasas Darul Insyirah dan Gabungan Komuniti Cakna Negara Tua 2030, menasihatkan pada masyarakat dan media untuk memberi ruang pada polis menjalankan siasatan dan elakkan sebarang spekulasi atau bertindak menghukum terlebih dahulu sebelum diputuskan oleh mahkamah.

Hakikatnya, kita semua kena terima negara kita kian menuju Negara Tua dimana 15% penduduk terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Ianya akan berjumlah dalam jutaan orang.

Malaysia sebagai Negara Islam seharusnya ke depan dalam menggarap dasar-dasar yang proaktif bukan reaktif terhadap sesuatu isu serta sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dalam kita menghadapi Negara Tua 2030 ini.

Garis Panduan Patuh Shariah kepada para pengendali wargaemas Muslim yang sedang dirangka oleh JAKIM dengan kerjasama Darul Insyirah yang dicetuskan oleh Darul Insyirah sejak tahun 2015 haruslah dipercepatkan dan diperluaskan manfaatnya.

‘Elderly Protection Act’ perlu dibincangkan didraf dan digubal bersama dengan semua pemegang taruh yang berkaitan dengan pengendalian wargaemas.

Tinggal 11 tahun sahaja lagi yang berbaki untuk kita bersama melakar dan mencorakkan ‘Aging Nation’ yang proaktif dinamik dan patuh shariah dalam segala segi terutamanya dari sudut pengendalian hal-hal berkaitan wargaemas yang melibatkan pelbagai agensi serta pelbagai lapisan masyarakat.

Kejadian-kejadian yang tular ini yang belum tentu kebenarannya adalah umpama ‘bom jangka’ yang bakal meletus bila-bila masa sekiranya kita masih alpa dalam merangka dan memperincikan gerakerja ke arah mencorakkan ‘Aging Nation 2030’ mengikut sosio budaya kita sebagai negara Islam.

Saya menyeru agar semua lapisan masyarakat dalam pelbagai bidang mengambil cakna akan isu ini serta memposisikan peranan masing-masing dalam kita memastikan Malaysia Menuju Negara Tua 2030 menjadi negara yang disegani dunia.

Hajah Asral Widad Bt Ahmad Asnawi
Pengasas
Pusat Jagaan & Pendidikan Darul Insyirah
Gabungan Komuniti Cakna Negara Tua 2030

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X