fbpx
Home i-Backyard Science Kekang Import Plastik Haram

Kekang Import Plastik Haram

by adminpacu

Di beberapa negara maju kini telah pun mengekang kemasukkan plastik yang tidak dapat dapat diuraikan ke negara mereka. Negeri Johor telah menggambil tindakkan dengan menyokong penuh saranan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk mengekang import sisa plastik secara haram ke negara ini.

Sumber dari akhbar Utusan melaporkan kerajaan negari Johor akan bekerjasama dengan agensi Kerajaan Pusat bagi memastikan langkah itu direalisasikan menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Johor, Tan Chen Choon.

Plastik Haram atau plastik yang susah terurai merupakan isu global kerana dasarwarsa ini banyak pencemaran laut dan sungai yang berlaku akibat plastik yang tidak diuruskan dengan baik. Hal ini kerana, di Malaysia kesedaran untuk tidak menggunakan plastik masih berkurangan dalam kalangan masyarakat. Sepanjang dekad pertama abad ini, dunia telah saksikan pengeluaran plastik mengatasi jumlah keseluruhan di abad ke 20.

Menurut Puan Wan Izzatul Akma Wan Tallat, Ketua Program Tadbir Urus Lautan, Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), ikan di Lautan Pasifik Utara dianggarkan telah menelan 24,000 to 48,000 tan metrik plastik setiap tahun. Hal ini amat menyedihkan kerana risiko kecederaan usus dan kematian ikan-ikan ini amat besar yang seterusnya berkemungkinan berpindah kepada ikan-ikan besar dan mamalia marin yang berada di bahagian atas rantaian makanan di dalam ekosistem.

Oleh itu, marilah kita sama-sma mengurangkan penggunaan plastik terutama dalam kehidupan seharian agar kita dapat mengubah ekosistem yang sudah tercemar ini. Semua perubahan bermula dalam diri kita.

Ayuh ubah!!!

Atikah Balqis Abd Rahman,
Pegawai i-Backyard Science

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X