Home PACU Sumbangan food pax kepada pelajar projek PROTU dan RH

Sumbangan food pax kepada pelajar projek PROTU dan RH

by adminpacu

Sumbangan food pax kepada pelajar projek PROTU dan RH

Fatimah (kanan) dan Syuaib (2 dari kiri) wakil PROTU ketika melawat dan memberi sumbangan Food Pax keluarga pelajar PROTU di Counsil Homes Seksyen 16, Bangi.

Sempena Syawal yang akan menjelang tiba dan baki beberapa hari puasa di bulan Ramadan, Projek Tuisyen Ummah (PROTU) telah menjalankan program Sumbangan Food Pax untuk membantu meringankan bebanan keluarga pelajar-pelajar PROTU dan Raudhtul Huffaz (RH).

Program sumbangan ini dijalankan selama dua hari di kawasan kediaman keluarga para pelajar PROTU dan RH iaitu di Counsil Homes Seksyen 16 dan Seri Tanjung Seksyen 7, Bangi pada 30 Mei 2019 dan Seksyen 16.

Manakala di Padang Jawa dan Seksyen 16 Shah Alam dilaksanakan pada 1 Jun 2019. Sumbangan makanan dalam bentuk hamper telah diberikan kepada 5 keluarga pelajar di 4 kediaman tersebut. Mereka terdiri daripada keluarga miskin bandar B40 dan anak-anak yatim.

Di samping menghulurkan sumbangan, Pihak PROTU telah meluangkan masa untuk menziarahi keluarga penerima sumbangan di rumah masing-masing.

Wakil PROTU dan keluarga pelajar PROTU yang menerima sumbangan Food Pax di Padang Jawa.

Melalui program sumbangan dan ziarah ini, PROTU dapat mengenalpasti keluarga para pelajar yang memerlukan bantuan, mengenalpasti keperluan pelajar dan keluarga pelajar serta mengenalpasti keberkesanan kelas tuisyen yang telah dijalankan.

Berdasarkan aktiviti beramah mesra bersama keluarga penerima sumbangan ketika ziarah. Rata-rata keluarga pelajar memberikan maklum balas positif terhadap penglibatan anak-anak mereka dalam Projek Tuisyen Ummah (PROTU) dan Raudhatul Huffaz (RH). Selain daripada meningkatkan prestasi anak-anak dalam akademik dan memperbaiki bacaan ayat al-Quran, yuran untuk kedua-dua kelas ini juga tidak membebankan dan cukup berpatutan.

Laporan oleh,
Musalmah Muchlis,
Pegawai Operasi PROTU

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X