fbpx
Home i-Backyard Science I-Backyard Science Huffaz ajak anak-anak hargai hidupan laut

I-Backyard Science Huffaz ajak anak-anak hargai hidupan laut

by adminpacu

Ramadhan bulan mendidik dan bukan bulan berlemah longlai. Justeru, i-Backyard Science mengambil inisiatif dengan memenuhi ruang cuti sekolah anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah. Pada program kali ini i-Backyard Science Huffaz 13.0 mewarnai ramadhan mereka dengan tema ‘Hidupan Laut, Nikmat Yang Jarang Disyukuri’.

Tema hidupan laut dipilih kali ini untuk memberikan kelainan kepada anak-anak dan pendedahan kepada mereka berkenaan hidupan laut ciptaan Allah dan juga bencana yang menimpa kepada manusia atas kelalaian menjaga kebersihan alam sehingga meragut keindahan lautan dan hidupan di lautan itu sendiri.

Lautan ialah himpunan air masin yang sangat banyak, yang meliputi 71% permukaan planet bumi. Semua lautan dibatasi dari sudut sisinya oleh daratan sama ada dalam bentuk benua ataupun pulau. Pada lautan dan isi kandungannya, terdapat banyak sekali bukti kekuasaan Allah, cuma mungkin tidak ramai manusia yang mahu memikirkannya dan mensyukurinya.

Antara kekuasaan Allah adalah dia menciptakan hidupan laut sebagai makanan manusia. Betapa banyaknya species haiwan di lautan yang menjadi sumber rezeki manusia. Ajaibnya makanan yang hadir dari laut tidak masin sedangkan haiwan-haiwan ini hidup di dasar lautan yang masin.

Firman Allah Taala :
“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai makanan bagi kamu dan juga bagi orang-orang yang dalam perjalanan, tetapi diharamkan bagi kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya kamu akan dikembalikan.” (Al-Maaidah : 96)

Oleh itu, para peserta didedahkan dengan pelbagai jenis hidupan laut terutamanya yang jarang ditemui bahkan mereka merasai dan menyaksikan sendiri anatomi badan sotong dan ikan. Riaksi kebanyakkan para peserta adalah sangat teruja membelah badan sotong dan seterusnya meyaksikan organ-organ dalaman haiwan tersebut. Seterusnya mereka bersama-sama memasak dan menjadi chef cilik membuat onigiri sotong.

Seterusnya pada hari kedua para peserta didedahkan dengan kerosakkan yang berlaku di lautan. Para peserta didedahkan dengan pencemaran air yang berlaku dan akibat-akibatnya terhadap haiwan yang berada di lautan di seluruh dunia. Selain itu, para peserta harus menghafaz surah An Nahl dan Ar-Rahman bagaimana dua keadaan air masin dan tawar tidak bercampur. Ini membuktikan kebesaran Allah segaimana dalam firmannya :

“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.” (Ar-Rahman 19-20).

Akhir program para peserta diminta untuk melakukan mini akuarium dan juga mini lautan DIY sebagai tanda kenang-kenangan. Semoga dengan adanya program sains tauhidik ini, sedikit sebanyak dapat melahirkan anak-anak yang memahami tanggungjawab diri sebagai seorang khalifah dan menjadi manusia yang bertanggungjawab dalam menjaga dan memelihara alam sekitar supaya lautan dan isinya dapat dipulihara sehingga ke generasi seterusnya.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X